Kadang-kadang kita rasa sukar untuk menulis. Tiada idea. Ketandusan bahan. Mulalah kita mencari-cari alasan mengapa kita tidak menulis. Writer’s block, seperti yang biasa dialasankan oleh orang, termasuk saya. Namun, kita lupa bahawa kita memiliki bahan penulisan yang hanya kita seorang ada: sejarah hidup diri kita sendiri.
15 April 2010
13 April 2010
Muslimkah Kita?
Islam, dengan 1.57 bilion penganut, menurut kajian pada tahun 2009, menjadi agama yang mempunyai jumlah penganut yang kedua terbesar dan kadar pertumbuhan yang terpantas. Ramai dan terus berkembang. Namun Rasulullah saw berpesan, “…bilangan kamu amat ramai tetapi kamu umpama buih di lautan.” Mengapakah umat kita ini boleh jadi begini? Kerana ramai daripada kita yang tidak tahu, apa ertinya dia menjadi seorang Muslim.
31 Mac 2010
Peranan Pelajar dalam Islam
Biah solehah akan menjaga iman dan hati kita. Oleh itu, kita perlu berdoa kepada Allah Taala setiap hari agar Dia menetapkan kita dalam biah solehah supaya hati dan iman kita terjaga. Namun, apabila Allah mencampakkan kita ke dalam suasana yang tidak elok untuk menguji kita, janganlah kita ikut terpengaruh dengan suasana jika tiada biah solehah, kitalah yang perlu mewujudkannya.
Refleksi Seorang Murabbi
Semua guru dan staf lain telah pulang. Muttaqi masih lagi duduk terpaku. Langsung dia tidak percaya apa yang berlaku di dalam kelas tadi.
“Cikgu, betul ke dulu cikgu suka pada Cikgu Anna?”
10 Februari 2010
Sajak: Tangisan Dai
Aku melihat Jumat menangis,
aku tahu bahawa seorang dai
bukan menangis kerana dia kepayahan
menghadapi masalah atau penderitaan.
Seorang dai tidak akan menangis
disebabkan cabaran sekecil itu,
yang bertaburan di atas jalan dakwah
yang sememangnya penuh onak dan duri ini.
Tetapi aku tahu dia menangis
kerana dia merasa gentar…
andaikata dakwahnya tidak dapat
menyentuh hati-hati yang dipeluknya…
dia tidak mampu menyelamatkan
insan-insan di tepi jurang neraka…
Aku faham perasaannya,
tatkala jantungku bertemu jantungnya,
degup kami seiring.
Ahmad Ilman,
Dewan Utama KTD,
4 Januari 2010.
Sajak: Air Mata
Dan hari ini aku mengalirkan air mata.
Apa yang aku perbuat selama ini?
Aku mengabaikan tanggungjawab dakwah!
Bagai seorang usahawan yang sentiasa
melihat masalah sebagai peluang,
Begitulah sang dai harus
melihat manusia sebagai madu.
09 Februari 2010
Kesukarela... ah, apa-apa ajalah!
Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (jatidiri) 2009/2010 yang bertempat di Kolej Teknologi Darulnaim dan Sri Pantai Resort, Kelantan. Kursus ini memang yang terbaik yang pernah saya hadiri. Berbagai-bagai perasaan menerjah dalam jiwa sepanjang 47 hari perjalanan program ini. Sebelum Markazul Fikr dibanjiri oleh luahan rasa hati dan puisi-puisi tentang kem penuh makna ini, izinkan saya menulis sebuah pos ringanmeluahkan sesuatu yang tak dapat saya pendam lama-lama dalam sanubari: nama program ini.
22 Disember 2009
Maaf, Hiatus Dua Bulan
Assalamualaikum WBT.
Nampaknya proses persediaan ke Kelantan mengambil masa lebih daripada apa yang saya jangka. Oleh itu, saya tidak sempat menyediakan pos-pos supaya blog ini dikemas kini secara automatik setiap minggu. Saya mohon maaf sangat-sangat daripada kalian semua. Saya akan ke Kelantan mulai hari ini (penerbangan pada pukul 10:25 pagi) dan pulang semula ke teratak saya ini, insya-Allah, pada 7 Februari 2010. Doakan saya memperoleh pengisian yang bermanfaat sepanjang saya mengikuti Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) nanti, ya!
Sementara itu, saya telah mengemas kini pautan-pautan Islam dan Penerbitan di bahagian kanan blog Markaz ini. Harap-harap kalian dapat melawat pautan-pautan yang sememangnya terbaik itu. Sekali lagi saya mohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan apa yang telah dikatakan…
Moga ALLAH reda akan kalian~
*Jangan segan silu memberi komen pada pos-pos saya sebelum ini ya! :)
Wassalam.
18 Disember 2009
Sajak: Kehijauan
hijau terang hijau cair hijau pekat
Kehijauan yang menyelimuti
abad-abad tak terganti,
hari ini melepaskan dakapannya
yang terkadang keras
terkadang lembut
– dek suara si burung hantu
– di hujung arang dan tinta.
Kehijauan berbisik ke telinga:
Kau sudah bersedia,
Kuwarnakan hijau kepakmu,
Terbanglah, gugurkan
pelepah hijau kudus,
Supaya si miskin dapat mengumpul
tidur di atas bantal empuk,
Terbanglah, aku akan terus di sini
mencetak hijau.
Kekepak hijau dikembangkan,
Sekawanan terbang meluncur
menjauhi Kehijauan,
Seekor
berhenti
toleh ke belakang,
Mutiara bercucuran di tanah dagang…
Ahmad Ilman
16 Disember 2009 (0945)
Madrasah Ibn Khaldun At-Thanawiah.
Sajak: 5228/1
Lelah dua tengkujuh,
Kuarantin satu purnama,
Bukit Kepong
The Necklace
Malayan Union
pandemic epidemic
matrix
dy/dx
transpiration
4-stroke engine
E=mc2
Makkiyyah Madaniyyah
redox reaction
Rabbaniyyah
Majaz Mursal
Masalih Mursalah
Semuanya berakhir
dengan bujur hitam kecil
di atas huruf ‘C’
pada kertas dakwat merah
5228/1.
Ahmad Ilman
16 Disember 2009 (1140)
SPM qad tamm.


