31 Julai 2012

Berblog semula?

OK, aku rasa nak mula berblog balik. Serius lama blog ni dalam hiatus. Jarak antara pos-pos sebelum ni pun panjang. Banyak alasan boleh aku bagi, antaranya – kononnya – sibuk. Student mediklah katakan. Banyak aja masa sebenarnya. Komitmen yang tak ada.

Kalau aku nak beri justifikasi untuk hiatus ni pun, mungkin Twitter puncanya. Twitter surprisingly selari dengan konsep “pusat pemikiran” yang aku nak bawa pada asalnya dengan Markazul Fikr ni: streams of snippets of thoughts yang tercetus tentang events dsb.

Kadang-kadang thoughts yang tercetus taklah panjang, jadi rasa macam tak sesuai nak pos di blog. Ha, inilah masalahnya. Diri sendiri yang letak syarat susah-susah – pos perlu panjang, perlu guna bahasa baku, perlu bahasa Melayu saja, artikel perlu awesome – lepas tu tak mampu nak penuhi syarat-syarat tu. Akhirnya berhenti menulis. ( Eh, tak berhenti. Diari masih di-update :P )

Bahasa Melayu pun antara faktor penghalang aku berblog. Masa blog ni ditubuhkan pada tahun 2008 dulu, aku memang obses dengan bahasa Melayu. Lagipun, masa tu aku calon SPM, jadi perlulah polish bahasa sikit. Sekarang ni lain pula ceritanya. Study semua dalam bahasa Inggeris, berfikir pun dalam BI la ni. Diakui, bahasa Melayu pelajar medik agak teruk, berdasarkan pemerhatian aku terhadap tulisan-tulisan yang aku edit ( er, aku boleh dikatakan editor jugalah. Yang efek ). Kasihan ilmu BM yang kita pelajari dulu.

Insya-Allah aku cuba hidupkan balik blog ni dengan pos-pos yang simple. Mungkin hanya kongsi link-link menarik. Mungkin coretkan lintasan hati yang worth untuk dikongsikan. Gosip tentang rumor-rumor terbaru dalam dunia teknologi. Kongsi apa-apa ilmu yang menarik – tipografi, medik dll. Doakan ya. Rindu menulis untuk umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan