31 Julai 2012

Hujan

Hari ni Abah minta tolong aku hantarkan dia ke KLIA; dia ada urusan di Sandakan. Zakiy pun ikut sekali – senang; hantar dia terus ke SMIK on the way back. Sebab nak kejar Subuh, kami bertolak awal – dalam pukul lima. Lama tak merasa driving pagi-pagi sebab cuti. Kalau minggu perkuliahan memang setiap hari Isnin aku bertolak ke Ampang sebelum Subuh.

Keluar aja aku dari SMIK lepas hantar adik, sesuatu yang awesome berlaku. Hujan! Alhamdulillah, rahmat. Seminggu sebelum puasa sampailah hari terakhir Syaaban, tiap-tiap hari hujan. Masuk aja bulan Ramadan, tak hujan langsung. Panas berdentang pula tu. Kadang-kadang RealFeel mencecah 40 ºC. Betullah Ramadan ni maksudnya panas. Memang batak jugalah merasa hujan pagi ni :D

Another awesome thing yang membuatkan aku terfikir masa meluncur atas KESAS tadi ialah skidding ( ops ). Taklah serius pun; cuma bila kita lalu atas body of water memang stereng jadi degil kan. Menakjubkan: kuasa Allah menciptakan air yang lembut, suci, tapi mampu mengangkat kereta. Benda-benda kecil macam ni yang mengingatkan kita untuk bertasbih mensucikan Dia.

Ini antara sebab aku suka driving seorang diri. Drive ke Ampang, drive balik rumah, drive ke Nilai jumpa junior. Setuju dengan Akh Ammar Sahrim – waktu driving seorang ni waktu terbaik untuk murāja’ah hafazan, muhasabah dan tafakkur. Masa tak terbazir, pahala pun insya-Allah dapat.

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! – ( Hud, 11 : 52 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan