09 Oktober 2011

Kerjaya Dunia/Akhirat?

Pekerjaan aku nanti (insya-Allah), wasilah Allah mematikan dan menghidupkan hamba-hamba-Nya. Berat. Tapi aku masih malas dan tidak beramanah kepada ilmu.

“Belajar kerana apa?”

“Kerana Allah.”

Mudah sangat mulut menyebutnya.

Ramai orang boleh menghafal nama dan fungsi 620 otot dalam tubuh manusia.

Pectoralis major, serratus anterior, latissimus dorsi, subclavius, biceps brachii…

Tetapi tak ramai yang sanggup menggerakkan otot-otot itu untuk kekal berada dalam ubudiah.

Bahkan terlampau sedikit yang menggunakan otot-otot itu untuk mengajak orang lain sama-sama tunduk kepada Sang Pencipta.

Tak bertambahkah iman kita selepas semua pelajaran ini?

فسبح بسم ربك العظيم!

17 Ogos 2011

Off Book | Typography [Video]

Dokumentari yang kemas tentang tipografi oleh PBS Arts.

Tanpa Tahwil & Tahwin

Artikel berikut merupakan terjemahan ringkas sebahagian petikan khutbah Dr Yusuf al-Qaradawi tentang pembacaan (penilaian) realiti umat. Bahasa Arab bukan pengkhususan saya, mohon perbetul mana yang silap.

Seorang Muslim harus bersikap adil dan saksama sekalipun terhadap musuhnya. Dia mengiktiraf realiti musuhnya baik kelebihan mahupun kekurangan mereka. Dia tidak cuba memperbesar keburukan musuh dan tidak pula memperleceh kebaikan mereka. Sebahagian manusia melihat keaiban menggunakan mikroskop, sehinggakan kacang dilihat seperti kubah, manakala kucing dilihat seperti unta. Jangan begitu; lihatlah sesuatu as it is. Usah memperbesar keaiban dan jangan melupakan kelebihan dan kebaikan. Ini merupakan salah satu aspek keadilan dalam pembacaan dan penilaian. Pembacaan atau penilaian yang sahih dan benar harus dijauhkan daripada dua perkara: membesar-besarkan (tahwil) atau meringan-ringankan (tahwin).

15 Mei 2011

Yang Sentiasa Penuh




Orang optimis berkata, gelas itu separa penuh. Bagi orang pesimis pula, gelas itu separa kosong. Orang saintifik menidakkan kedua-duanya: gelas itu penuh 100% — 50% dengan air dan 50% dengan udara.

Saja berceloteh sambil merefleksi diri. Cuti empat bulan menunggu kehidupan baru sebagai pelajar perubatan (insya-Allah) di Pandan Indah. Dalam empat bulan ini, hati akan sentiasa terisi — jika tidak Islam, jahiliyyah.

Fokus pada tarbiah: dzatiyyah, ruhiyyah, thaqafiyyah. Dan terus berjemaah, berziarah, bersosial dan sebagainya, moga iman sentiasa terpelihara. Sesungguhnya serigala itu makan kambing yang bersendirian.

Ya Allah peliharalah diriku, hiasilah aku dengan akhlak, dan kuatkanlah aku di atas jalan ini. Amin.

___________
Ahmad A. Ilman via BlogPress for iPhone 4