tag:blogger.com,1999:blog-5025713702209662902024-02-19T23:29:56.634+08:00Markazul FikrMujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.comBlogger78125tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-21354977996616020852012-07-31T09:12:00.002+08:002012-07-31T16:15:37.133+08:00Hujan
Hari ni Abah minta tolong aku hantarkan dia ke KLIA; dia ada urusan di Sandakan. Zakiy pun ikut sekali – senang; hantar dia terus ke SMIK on the way back. Sebab nak kejar Subuh, kami bertolak awal – dalam pukul lima. Lama tak merasa driving pagi-pagi sebab cuti. Kalau minggu perkuliahan memang setiap hari Isnin aku bertolak ke Ampang sebelum Subuh.
Keluar aja aku dari SMIK lepas hantar adik, sesuatu yang awesome berlaku. Hujan! Alhamdulillah, rahmat. Seminggu sebelum puasa sampailah hari terakhir Syaaban, tiap-tiap hari hujan. Masuk aja bulan Ramadan, tak hujan langsung. Panas berdentang pula tu. Kadang-kadang RealFeel mencecah 40 ºC. Betullah Ramadan ni maksudnya panas. Memang batak jugalah merasa hujan pagi ni :D
Another awesome thing yang membuatkan aku terfikir masa meluncur atas KESAS tadi ialah skidding ( ops ). Taklah serius pun; cuma bila kita lalu atas body of water memang stereng jadi degil kan. Menakjubkan: kuasa Allah menciptakan air yang lembut, suci, tapi mampu mengangkat kereta. Benda-benda kecil macam ni yang mengingatkan kita untuk bertasbih mensucikan Dia.
Ini antara sebab aku suka driving seorang diri. Drive ke Ampang, drive balik rumah, drive ke Nilai jumpa junior. Setuju dengan Akh Ammar Sahrim – waktu driving seorang ni waktu terbaik untuk murāja’ah hafazan, muhasabah dan tafakkur. Masa tak terbazir, pahala pun insya-Allah dapat.
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
– ( Hud, 11 : 52 )
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-72713320840897915892012-07-31T09:02:00.000+08:002012-07-31T17:07:30.201+08:00Berblog semula?
OK, aku rasa nak mula berblog balik. Serius lama blog ni dalam hiatus. Jarak antara pos-pos sebelum ni pun panjang. Banyak alasan boleh aku bagi, antaranya – kononnya – sibuk. Student mediklah katakan. Banyak aja masa sebenarnya. Komitmen yang tak ada.
Kalau aku nak beri justifikasi untuk hiatus ni pun, mungkin Twitter puncanya. Twitter surprisingly selari dengan konsep “pusat pemikiran” yang aku nak bawa pada asalnya dengan Markazul Fikr ni: streams of snippets of thoughts yang tercetus tentang events dsb.
Kadang-kadang thoughts yang tercetus taklah panjang, jadi rasa macam tak sesuai nak pos di blog. Ha, inilah masalahnya. Diri sendiri yang letak syarat susah-susah – pos perlu panjang, perlu guna bahasa baku, perlu bahasa Melayu saja, artikel perlu awesome – lepas tu tak mampu nak penuhi syarat-syarat tu. Akhirnya berhenti menulis. ( Eh, tak berhenti. Diari masih di-update :P )
Bahasa Melayu pun antara faktor penghalang aku berblog. Masa blog ni ditubuhkan pada tahun 2008 dulu, aku memang obses dengan bahasa Melayu. Lagipun, masa tu aku calon SPM, jadi perlulah polish bahasa sikit. Sekarang ni lain pula ceritanya. Study semua dalam bahasa Inggeris, berfikir pun dalam BI la ni. Diakui, bahasa Melayu pelajar medik agak teruk, berdasarkan pemerhatian aku terhadap tulisan-tulisan yang aku edit ( er, aku boleh dikatakan editor jugalah. Yang efek ). Kasihan ilmu BM yang kita pelajari dulu.
Insya-Allah aku cuba hidupkan balik blog ni dengan pos-pos yang simple. Mungkin hanya kongsi link-link menarik. Mungkin coretkan lintasan hati yang worth untuk dikongsikan. Gosip tentang rumor-rumor terbaru dalam dunia teknologi. Kongsi apa-apa ilmu yang menarik – tipografi, medik dll. Doakan ya. Rindu menulis untuk umum.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-42708131327557625742012-01-30T02:19:00.001+08:002012-01-30T03:04:27.920+08:00Haq vs BathilTulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, bukan pandangan mana-mana afiliasi penulis. Harap maklum.
Ada yang sibuk memperdebatkan: zaman kita ini – jika dianalogikan dengan zaman Rasulullah SAW – zaman Makkiyyah atau Madaniyyah?
Zaman ini zaman KITA.
Jika dilihat semula konsep organisasi Islam atau jama’ah Islam, jama’ah pada zaman Rasulullah SAW sinonim dengan Islam itu sendiri. Muslim, bererti dia merupakan ahli jama’ah; dan vice versa. Keluar daripada Islam bererti keluar daripada jama’ah; dan vice versa. Tiada istilah “pendakwah bebas” atau “ulama‘ UMNO” atau “penyokong Islam non-Muslim” atau “lompat parti”.
Pada zaman kita, “al-Jama’ah” itu tiada. Individu yang tidak melibatkan diri dengan mana-mana jama’ah Islam tidak boleh dihukum kafir. Malah, individu yang menyertai organisasi yang bersifat menentang gerakan Islam juga tidak boleh sewenang-wenangnya dihukum kafir. Organisasi-organisasi Islam pada hari ini tidak boleh disamakan seratus peratus dengan gerakan yang dibawa oleh Rasulullah SAW dari segi hukumnya dalam syariat. Dan pada hari ini, kita ada penyokong-penyokong organisasi Islam yang terdiri daripada non-Muslim, seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Tetapi tema yang sama antara zaman kita dengan zaman Rasulullah SAW ialah “Haq vs Bathil”. Jika pada zaman Rasulullah SAW, Haq itu ialah Islam itu sendiri, dan Bathil itu ialah taghut. Pada zaman kita, Haq itu ialah Islam dan penyokong-penyokongnya, dan Bathil itu ialah taghut dan penyokong-penyokongnya.
Yang perlu diberikan keutamaan sekarang ialah menyatukan penyokong-penyokong Islam dengan satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan taghut dan penyokong-penyokongnya. Kata Dr Mahmoud Ezzat, Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin:
الاسلام الدين لنا والحضارة لغيرنا
Islam itu Din bagi kita (Muslim), dan tamadun bagi selain kita (non-Muslim).
Inilah tema yang harus kita kehadapankan. Islam adalah solusi – bukan saja untuk kita, tetapi untuk semua.
Matlamat akhir kita ialah melaksanakan syariat Allah sepenuhnya di negeri kita dan ultimately di atas muka bumi ini seluruhnya – ini merupakan sesuatu yang wajib dan tidak boleh dinafikan. Namun, kita tidak boleh memotong tangan pencuri pada zaman fitnah, kata Dr Mahmoud. Prerequisite untuk pelaksanaan syariat secara sepenuhnya (hudud etc.) ialah umat berada dalam keadaan hurriyyah wal ’adalah (kebebasan dan keadilan).
Tiada jalan lain untuk menyatukan pemikiran umat bagi membolehkan mereka bergerak menuju matlamat yang sama melainkan jalan dakwah dan tarbiah.
Umat perlu sedar peranan mereka untuk menjatuhkan taghut, kerana perubahan itu harus bermula dalam diri umat itu sendiri. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Perbaiki dirimu, dan ajak yang lain. Menumbangkan kerajaan yang taghut merupakan langkah yang kemudian, selepas menumbangkan taghut dalam diri individu dan diri umat. Perubahan yang sustainable bukan bermula dengan sekadar memenangi kerusi di parlimen, tetapi dengan perubahan yang mendasar dalam jiwa umat.
Sifat manusia mudah menyalahkan orang, sukar menyalahkan diri sendiri. Mudah untuk kita menuding jari pada kerajaan yang melakukan korupsi, mendirikan pusat-pusat maksiat, dan sebagainya; tetapi sukar untuk kita mengaku kesalahan diri tidak memperbaiki diri dan melaksanakan dakwah dan tarbiah. Bukan penulis hendak mempertahankan kerajaan taghut: tumbangnya kerajaan zalim itu merupakan anugerah Allah – sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum – setelah kita berusaha menanamkan kesedaran, menyatukan fikiran, dan memperbaiki diri sendiri dan masyarakat – sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
W/A.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-90692433424248370992011-10-09T03:12:00.001+08:002012-01-30T03:06:11.862+08:00Kerjaya Dunia/Akhirat?Pekerjaan aku nanti (insya-Allah), wasilah Allah mematikan dan menghidupkan hamba-hamba-Nya. Berat. Tapi aku masih malas dan tidak beramanah kepada ilmu.
“Belajar kerana apa?”
“Kerana Allah.”
Mudah sangat mulut menyebutnya.
Ramai orang boleh menghafal nama dan fungsi 620 otot dalam tubuh manusia.
Pectoralis major, serratus anterior, latissimus dorsi, subclavius, biceps brachii…
Tetapi tak ramai yang sanggup menggerakkan otot-otot itu untuk kekal berada dalam ubudiah.
Bahkan terlampau sedikit yang menggunakan otot-otot itu untuk mengajak orang lain sama-sama tunduk kepada Sang Pencipta.
Tak bertambahkah iman kita selepas semua pelajaran ini?
فسبح بسم ربك العظيم!Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-67035346069611743712011-08-17T23:14:00.002+08:002011-08-17T23:42:43.490+08:00Off Book | Typography [Video]
Dokumentari yang kemas tentang tipografi oleh PBS Arts.
Artikel berikut merupakan terjemahan ringkas sebahagian petikan khutbah Dr Yusuf al-Qaradawi tentang pembacaan (penilaian) realiti umat. Bahasa Arab bukan pengkhususan saya, mohon perbetul mana yang silap.
Seorang Muslim harus bersikap adil dan saksama sekalipun terhadap musuhnya. Dia mengiktiraf realiti musuhnya baik kelebihan mahupun kekurangan mereka. Dia tidak cuba memperbesar keburukan musuh dan tidak pula memperleceh kebaikan mereka. Sebahagian manusia melihat keaiban menggunakan mikroskop, sehinggakan kacang dilihat seperti kubah, manakala kucing dilihat seperti unta. Jangan begitu; lihatlah sesuatu as it is. Usah memperbesar keaiban dan jangan melupakan kelebihan dan kebaikan. Ini merupakan salah satu aspek keadilan dalam pembacaan dan penilaian. Pembacaan atau penilaian yang sahih dan benar harus dijauhkan daripada dua perkara: membesar-besarkan (tahwil) atau meringan-ringankan (tahwin).
Sering terjadi apabila kita membaca dan menilai waqi’ (realiti/keadaan), kita memberat-beratkan atau memperbesar satu-satu aspek sepertimana yang kita perhatikan apabila sesetengah orang apabila bercakap tentang Israel; seolah-olah Israel itu tuhan di atas muka bumi ini. Seolah-olah kita ini hanya bidak di atas papan catur. Seolah-olah dunia ini mainan Israel. Seolah-olah setiap benda yang berlaku merupakan kerja Yahudi dan Israel. Hatta kejadian yang berlaku baru-baru ini (9/11), sesetengah orang berkata bahawa Israellah yang melakukannya; seolah-olah tiada siapa lagi yang mampu melakukan sesuatu yang penuh teliti, terancang dan terperinci melainkan Mossad*. Seolah-olah kita menganggap manusia-manusia itu (Israel) sebagai tuhan. Ini merupakan jenis daripada sikap memberat-beratkan dan membesar-besarkan sesuatu. Seolah-olah kita ini sangat hina; seolah-olah kita tidak mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, bijaksana dan tersusun.
Maka aku katakan bahawa sikap memberat-beratkan merupakan satu masalah yang sangat bahaya, sama ada kamu membesar-besarkan musuh dan memandang rendah diri kamu sendiri atau sebaliknya — yang banyak berlaku ialah sebaliknya: kita merendah-rendahkan musuh. Acap kali kita dengar orang berkata; musuh ini ialah segolongan manusia yang perlu kita beri pengajaran cukup-cukup, dicampak ke dalam laut dan sebagainya; akhirnya apabila tiba masa bertemu dengan musuh, cakap-cakapan tadi tidak berlaku pun. Maka sikap meringan-ringankan juga sama dibenci seperti memberat-beratkan. Kita mahu mengetahui sesuatu isu as it is, supaya kita mampu melihat masa depan kita dan merancang apa yang patut kita buat selepas itu.
Al-Quran dalam menceritakan mengenai peperangan Uhud — peperangan yang terkenal dengan kemenangan kaum Muslimin pada awalnya, kemudian tewasnya mereka selepas itu disebabkan ketidakpatuhan pada arahan Rasulullah SAW ketika mereka melihat ghanimah (harta rampasan perang) dan berlakulah apa yang telah berlaku — al-Quran berkata:
Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya, sehinggalah hati (semangat) kamu menjadi lemah dan berbantahan (sesama sendiri) dalam urusan (perang Uhud) itu dan kamu derhakai (perintah Rasul) sesudah Dia (Allah) perlihatkan kepada kamu apa yang kamu gemari (harta rampasan). Ada antara kamu yang mahukan dunia, dan ada yang mahukan akhirat. Kemudian Dia memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman. (Ali Imran : 152)
Maka berkata Ibn Mas’ud: “Aku tidak tahu bahawa dalam kalangan kita ada yang mahukan dunia, sehinggalah turun ayat ini.”
[Ada antara kamu yang mahukan dunia] — hatta dalam kalangan sahabat pun ada yang mahukan dunia; mereka melihat ghanimah dan menuju ke arahnya; mereka menimpakan ke atas kaum Muslimin apa yang telah tertimpa, [kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman.]
Kerana ini hanya kesilapan yang tidak disangka-sangka, bukannya kesalahan yang sabit dalam kehidupan mereka, Allah berkata: [Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu.]
Sesungguhnya orang di kalangan kamu yang berpaling pada hari pertempuran dua angkatan (perang Uhud) itu, tidak lain (melainkan) mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan amal (kesalahan) yang mereka telah lakukan (sebelum ke medan perang), tetapi Allah telah memaafkan kamu. (Ali Imran : 155)
Antara mereka ialah Abdullah ibn Abbas dan sahabat-sahabat yang besar, [sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Halim (Maha Penyantun).]
Allah menerangkan peristiwa tersebut di atas hakikatnya:
Dan mengapa ketika kamu dikenakan musibah (kalah dalam peperangan), padahal kamu telah mengenakan musibah (kemenangan ke atas musuh kamu) dua kali, kamu berkata: “Mengapa jadi begini?” Katakanlah: “Ianya daripada diri kamu sendiri.” (Ali Imran : 165)
Dari mana datangnya (kekalahan) ini? Katakanlah “Ianya daripada diri kamu sendiri.”
[qaradawi.net]
*Nota penterjemah: Mungkin pada waktu Dr Yusuf menyampaikan khutbah ini belum dijumpai bukti bahawa kejadian 9/11 merupakan perbuatan Yahudi. Ada yang mengatakan bahawa tiada Yahudi langsung di dalam menara berkembar WTC pada hari kejadian — wallahua’lam. But the fact remains: we are too much Israel-phobic.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-30026810532022786542011-05-15T23:49:00.001+08:002011-05-15T23:54:35.463+08:00Yang Sentiasa Penuh
Orang optimis berkata, gelas itu separa penuh. Bagi orang pesimis pula, gelas itu separa kosong. Orang saintifik menidakkan kedua-duanya: gelas itu penuh 100% — 50% dengan air dan 50% dengan udara.
Saja berceloteh sambil merefleksi diri. Cuti empat bulan menunggu kehidupan baru sebagai pelajar perubatan (insya-Allah) di Pandan Indah. Dalam empat bulan ini, hati akan sentiasa terisi — jika tidak Islam, jahiliyyah.
Fokus pada tarbiah: dzatiyyah, ruhiyyah, thaqafiyyah. Dan terus berjemaah, berziarah, bersosial dan sebagainya, moga iman sentiasa terpelihara. Sesungguhnya serigala itu makan kambing yang bersendirian.
Ya Allah peliharalah diriku, hiasilah aku dengan akhlak, dan kuatkanlah aku di atas jalan ini. Amin.
Ahmad A. Ilman via BlogPress for iPhone 4
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-75545571964437425202010-11-15T21:58:00.009+08:002011-08-17T21:32:47.924+08:00Nota Mukhayyam ‘Pesaka’
Nota-nota tarbiah sepanjang aku mengikuti mukhayyam ‘Pesaka’ tahunan SMIK pada 9-11 November lalu di Sungai Dara, Tanjung Malim, Perak.
Satu
Kondisi pelajar SMIK sekarang sedikit sebanyak merupakan imej kepada tarbiah Umana’ di bawah pimpinan aku sebagai Ketua Umum tahun lepas.
Aku tersilap; aku menerima nasihat senior bulat-bulat tanpa sebarang penghalusan. Umana’ 2009 mengambil pendekatan ‘senior berautoriti’. Apabila melihat junior-junior Tingkatan Empat memimpin adik-adik di mukhayyam ini, baru aku faham: pendekatan yang sepatutnya kami gunakan ialah penerapan ukhuwah merentas tingkatan—tidak, merentas generasi dan status sosial.
Nasihat senior supaya kami mengambil pendekatan ‘senior berautoriti’ sepatutnya disyurakan kembali: 2005 dan 2009 bukan tahun yang sama. Pendekatan yang tampak berjaya pada suatu masa dahulu mungkin tidak sesuai dengan realiti hari ini.
Namun, mukhayyam kali ini hanya memberi aku peluang mengenal pasti dan menyesali silapnya langkah dahulu, bukan medan untuk menebusnya kembali.
Dua
Perwatakan diri perlu diperbaiki. Terlalu garang. Aku sayang budak-budak tetapi mereka tidak sayang aku. Tidak, bukan penampilan. Bukan jambang. Is it?
Tiga
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.” Alhamdulillah, dapat sedikit pengisian tarbiah jasadiyyah semasa perjalanan datang, trekking, dan perjalanan pulang. Perlu konsisten dengan bentuk tarbiah ini: bersediakah aku berjalan berbatu-batu sambil memikul AK-47 jika ditakdirkan mempertahankan Islam secara silahi (bersenjata)?
Empat
Penyampaian Siddiq Osman tentang ukhuwah banyak mengetuk hati aku. Ukhuwah aku masih lemah. Apabila sahabat memesan makanan daripada kita, masalah ‘makanan apa’ sepatutnya sudah selesai. Jika makanan kegemaran sahabat pun kita tidak tahu, bagaimana pula kita akan mengagak gerak fikirnya di tengah medan jihad? Selagi masalah ukhuwah belum selesai, kemenangan yang dicita itu menjadi sukar dan lambat.
Quote yang menarik daripada seorang penulis: “Apabila wujudnya kasih sayang, keadilan tidak berguna sedikit pun.”
Lima
Pengisian ukhuwah yang aku dapat bukan berbentuk penyampaian sahaja; yang lebih berkesan ialah pengisian dalam bentuk amali. Beramal jama’i bersama ustaz-ustaz, sahabat-sahabat dan kouhai Tingkatan Empat; sesungguhnya bertemu sahabat-sahabat yang soleh itu menghidupkan hati. Berbincang bersama asatizah yang alim dapat menjana ilmu dan melajukan amal.
Jiwa tenang melihat hubungan yang baik antara asatizah veteran dengan asatizah muda, ILIK dengan asatizah, fasilitator dan peserta, juga antara asatizah dengan pelajar: Tingkatan Empat boleh bergurau dengan Cikgu Latif—terbaik!
Enam
Malam di bandar: aku terpenjara di sebalik dinding-dinding konkrit. Sepi. Malam di hutan: ketika fasilitator dan urusetia yang sedang berhirasah dan berkatibah bangun beribadah, mereka ditemani oleh suara-suara alam yang lebih istiqamah dalam bertasbih mensucikan Pencipta mereka. Malu aku dengan alam; mereka tidak pernah lalai daripada mengingati Allah!
Tujuh
Ustaz Adni menyentuh tajuk Al-Quran. Aku rasa bersalah; tak tahu di mana aku letakkan al-Quran dalam senarai prioriti aku. Ta’amul (interaksi) aku dengan al-Quran jauh berbeza daripada cara para sahabat berta’amul dengannya. Mereka hidup dengan al-Quran. Sebagai da’i, al-Quran dan solat merupakan dua perkara yang sangat perlu kita ambil berat dalam kehidupan seharian. Al-Quranlah sumber kekuatan jiwa untuk kita terus kuat di atas jalan ini. Al-Quranlah bukti komitmen dan keyakinan kita dalam memikul amanah Allah ini.
Lapan
Apa yang aku dapat daripada penyampaian serta diskusi bersama Ustaz Azizan: cintailah ilmu diniah. Apa gunanya kita mengaji dalam bidang profesional sekiranya kita tiada ilmu diniah. Jika begitu, apa beza antara kita dengan mereka yang tiada kesedaran agama? Apa gunanya mengaji di sekolah agama? Entahlah; dengan subjek TUH di USIM pun ada yang merungut, walhal masih ada kaitan dengan sains. Kalau dibuatnya mengaji Fiqh Manhaji dengan empat jam kredit… berapa ramai agaknya pelajar Tamhidi yang sanggup tinggal? Ingat kalau tidak perlu belajar diniah hidup jadi lagi mudah kut. Hidup di dunialah.
Sembilan
Apa yang aku dapat daripada penyampaian Siddiq Osman dan Rajawali Biru: pelajari sejarah Islam. Kita selalu mendengar perihal kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam Umawiyyah, Abasiyyah, Uthmaniyyah… maka kita perlu hayatinya. Kita perlu merasai bahawa jika kita berjaya, kejayaan kita diletakkan pada permukaan yang sama dengan mereka: kejayaan-kejayaan umat Islam dari zaman Rasulullah hingga sekarang. Kejayaan kita bukan kejayaan Melayu, tetapi kejayaan ISLAM. Jika kita merupakan seorang doktor, maka jadilah doktor Muslim, bukan doktor Melayu.
Sepuluh
Kami senior ILIK, ustaz-ustaz dan urusetia cuma memantau perjalanan mukhayyam. Perjalanan program hampir keseluruhannya diuruskan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat. Mereka yang sedikit pengalaman berprogram mampu menguruskan lebih kurang 300 orang pelajar. Rahsianya?
“Sekiranya kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu.”
Lebih daripada peserta dan fasilitator, aku rasa akulah yang paling banyak mendapat tarbiah dan tazkirah dalam mukhayyam ini. Mungkin setelah melalui fasa-fasa ‘kegersangan hati’ Allah memberikan peluang untuk membasahinya kembali. Segala Puji bagi Allah yang masih mengizinkan aku untuk terus mencari, memberi dan menerima.
Alhamdulillah.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-82225951311648650062010-10-27T20:20:00.002+08:002010-10-27T20:23:18.370+08:00Krisis Ilmu
Usai menamatkan pembacaan A Brief History of Time, sebuah karya astrofizik masyhur karangan Stephen Hawking, saya termenung sejenak, mungkin kerana kandungan buku itu yang sangat-sangat membuktikan kewujudan Sang Pencipta dan Pentadbir; namun sebab yang lebih utama ialah mengenangkan berapa kerat pelajar dan mahasiswa Muslim yang membaca bahan ilmiah seperti ini.
Rakyat Malaysia tidak malas membaca. Masalah yang sebenarnya ialah malas berfikir. Kita memang banyak membaca—surat khabar, majalah, komik, dan Senyum Pisang di Mastika. Paling tidak pun, segmen sukan dan Senyum Kambing merupakan bahagian wajib-baca.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh The Star pada tahun 2006, akhbar merangkumi 77.4% daripada bahan bacaan rakyat Malaysia; manakala buku pula hanya 3%. Membaca akhbar Malaysia tidak banyak berhajat kepada pemikiran, terutamanya tabloid Melayu yang berunsur sensasi yang lebih banyak memberikan hiburan daripada pengetahuan. Membaca buku pula menuntut kefahaman dan menelan waktu. Secara purata, rakyat negara ini hanya membaca dua buah buku sahaja setahun!
Hatta apabila hendak bersantai pun, bahan bacaan yang ringan dipilih. Novel-novel cinta fotokopi picisan mendominasi pasaran. Dengan kemunculan genre ‘cinta Islami’, pelajar-pelajar Muslim turut hanyut dibawa arus. Mengapa tidak Lentera Mustika oleh Nisah Haron? Atau Tautan Hati oleh Fatimah Syarha? Bedar Sukma Bisu oleh Faisal Tehrani? Kafka on the Shore oleh Haruki Murakami? Atau, setidak-tidaknya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Hamka? Ini semua novel yang berat. Bukankah novel alat eskapisme, buat apa pilih yang berat-berat?—kata mereka.
Bahan bacaan berat yang dibaca hanya tinggal yang wajib untuk pengajian di sekolah dan IPT. Apa yang disebut pensyarah, yang tertulis dalam buku teks, ditelan bulat-bulat. Tiada semangat inkuiri. Institut pendidikan menjadi pusat indoktrinasi yang memerangkap minda, tidak lagi markas perkembangan ilmu seperti yang dicita. Ustaz saya berpesan supaya belajar juga ilmu selain bidang yang diceburi, kerana universiti ialah pusat ilmu, bukannya pusat latihan pekerjaan, yang matlamatnya melahirkan mahasiswa yang ‘boleh dipasarkan’ seperti yang berlaku pada hari ini. Salah siapa?
Kita boleh menuding jari kepada banyak pihak. Sistem yang terlampau mengikat pelajar dengan assignment sehingga tiada masa untuk menjelajah lautan ilmu Allah yang sangat luas. Institut pengajian yang tidak membudayakan ilmu tetapi hanya mengutamakan kebolehpasaran. Mungkin saja salah mahasiswa yang tiada kesedaran akan kepentingan pembudayaan ilmu. Tidak cekap mengurus masa hingga tidak ada perancangan untuk melakukan self-improvement. Facebook juga boleh dipersalahkan. Seterusnya boleh dikaitkan pula dengan teori konspirasi dan sebagainya.
Namun, yang kita bicarakan sekarang ialah penyakit malas. Tidak cukup drive. Apa jua faktornya, penyakit malas hanya boleh diatasi dengan merawat hati kerana drive bagi seorang Mukmin ialah keimanan. Melawan malas memerlukan mujahadah. Untuk istiqamah dalam bermujahadah, kita berhajat kepada tarbiah. Tarbiah menghidupkan hati dan membajai iman. Bagaimana teruk pun sistem yang sedia ada menjerut masanya, hati yang hidup dengan iman yang subur kuat mengatur hidupnya untuk berterusan menjadikan esoknya lebih baik daripada hari ini.
Mahasiswa Islam perlu bangkit dan membebaskan akal mereka daripada terus dibelenggu oleh sistem yang sedia ada. Proses liberalisasi minda perlu dirancakkan. Liberalisasi di sini tidak bermaksud pembebasan minda daripada agama (islib); jauh sekali. Liberalisasi yang dimaksudkan ialah memerdekakan minda daripada segala belenggu sehingga ia memperoleh kemerdekaan maksimum yang mampu dicapai oleh insan, iaitu merdeka daripada semua yang dicipta dan hanya terikat dengan Yang Mencipta.
Krisis ilmu ini perlu segera diatasi. Musuh-musuh Islam sedang menyerang kita melalui serangan pemikiran (ghazwul fikr). Kuantiti dan juga kualiti mahasiswa Muslim yang sedar perlu ditingkatkan. Dakwah perlu terus berjalan untuk meningkatkan kuantiti, dan tarbiah memperkasakan kualiti. Kita merupakan penjuru-penjuru Islam yang bertanggungjawab mempertahankan amanah Allah ini. Setiap amal yang kita lakukan mestilah setidak-tidaknya memiliki salah satu daripada dua ciri ini: menegakkan fikrah dan meruntuhkan jahiliah. Bagaimana mungkin fikrah dapat ditegakkan dan jahiliah dapat diruntuhkan jika ilmu tiada di dada? Atau ilmu sudah outdated? Atau barangkali, ilmu yang kita ada sebenarnya salah?
Ilmu merupakan aspek penting dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Kalimah ‘bashirah’ dalam surah Yusuf ayat 108, ayat taklifan dakwah yang masyhur, merupakan dalil bahawa ilmu merupakan prasyarat untuk menyampaikan Islam. Kita bimbang sekiranya kita menyampaikan atas nama Islam sesuatu yang tidak benar. Dan dengan wajibnya dakwah pada zaman ghurbah thaniah ini, bertambah-tambahlah kewajipan dan kepentingan menuntut ilmu bagi menyempurnakan prasyarat ini.
Akhir sekali, seruan saya kepada diri saya sendiri serta semua yang membaca agar kita sama-sama memuhasabah diri dan mengukur sedalam mana ilmu kita tentang Islam, sekuat mana usaha kita untuk mendalami ilmu-ilmu yang kita, sebagai pekerja Islam yang qawiyyul amin, sepatutnya ada seperti ilmu asas Islam, fiqh dakwah, fiqh keutamaan, sejarah, dan isu semasa termasuklah pemahaman terhadap realiti kampus dan negara. Biar tampak perbezaan antara minda Muslim yang sentiasa berhubung dengan Rabbnya, dengan minda jumud yang terikat dengan doktrin ciptaan manusia.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-1269694808087271252010-10-25T16:15:00.001+08:002010-10-25T16:27:06.953+08:00Sajak: Tulus
Bila sistem menjerat
Hilangkah sudah budi di dunia?
Perjuangan kita
temeh, ditepis
Perjuangan siswa
demi ketulusan
… Tulus …
yang sukar diterjemah
Namun mampu difahami
—dan dirasai
—dan dihayati
—dan menggetar hati
Ketika dia menyampaikan
“ilmu Fizik yang Allah kurniakan”
sanggup dia berlagak hina
“kerana kamu semua.”
Aku pernah merasai
dan kini sekali lagi
—erti ikhlas dalam cinta
—erti hidup untuk mencintai
Gembira pabila si-dia gembira
Marah pabila si-dia marah
Sedih pabila si-dia sedih
Bukankah lebih tinggi
jika manusia mengerti
qasad hidup ini
adalah mencintai
Yang Maha Suci.
Ahmad Ilman
20.10.2010
Camellia Court
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-2321549648556020662010-09-09T01:49:00.004+08:002010-09-09T02:44:10.246+08:00‘Eid Ini untuk Siapa?
Ramadhan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Hampir sebulan kita menjadi tetamu Ramadhan, kini tiba saat graduasi daripada madrasah tarbiah ini. Kita bakal menyambut Aidilfitri. Ada yang sedih, dan ramai yang gembira. Satu persoalan bermain di minda: ‘Eid (hari raya) ini untuk siapa?
Hari Raya Puasa vs Aidilfitri
Kata orang tua-tua, siapa yang tak berpuasa penuh tak boleh beraya (perempuan dikecualikan, sudah tentu). Oleh sebab itu, 1 Syawal dinamakan ‘Hari Raya Puasa’, perayaan untuk orang-orang yang berpuasa. Namun, jika difikirkan kembali, dalam hadis baginda (ada hadis muttafaqun ‘alaih dan ada hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim), Rasulullah SAW menamakan 1 Syawal sebagai 'yaumul fitr’ iaitu ‘hari fitrah’. Perayaan ini dalam Islam dipanggil ‘Aidilfitri’, perayaan menyambut kembalinya orang-orang Islam kepada fitrahnya yang bersih.
‘Eid Ini untuk Siapa?
Ada pepatah Arab yang sangat terkenal mengenai hari raya:
ليس العيد لمن لبس الجديد، إنما العيد لمن طاعته تزيد
Bukanlah ‘Eid itu untuk mereka yang baru pakaiannya,
—sesungguhnya ‘Eid itu untuk mereka yang bertambah ketaatannya.
Patutkah kita bergembira dengan pakaian baru pada hari raya, sedangkan ketaatan kita kepada Allah sama saja atau makin berkurang?
Kita kembali kepada tujuan-tujuan kita disyariatkan berpuasa: supaya kita bertaqwa, bersyukur, dan beroleh petunjuk (Q 2:183—186). Adakah Ramadhan kali ini meningkatkan ketaqwaan kita? Adakah Ramadhan kali ini menambahkan kesyukuran kita? Adakah Ramadhan kali ini mendekatkan diri kita dengan petunjuk Allah SWT? Jika jawaban bagi persoalan-persoalan ini ialah ‘ya’, alhamdulillah, bergembiralah kita. Namun, jika jawabannya ‘tidak’, muhasabahlah diri, layakkah aku menyambut Aidilfitri?
Menyambut ‘Eid
Para hukama’ Islam ada menyebut (dikompilasikan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam Al-Fawaaid m/s 35), “Pahala amal kebaikan ialah kebaikan yang dilakukan sesudahnya.” Apabila Allah menerima amal seseorang hamba, Dia akan menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik yang seterusnya. Maka apabila tiba Syawal, teruskanlah berpuasa sunat, lebih-lebih lagi puasa enam, teruskanlah qiamullail, tilawah dan tadarus al-Quran, majlis-majlis tazkirah, dan amalan-amalan sunnah yang lain.
Janganlah kita menjadi Muslim yang ‘menyembah Ramadhan’. Satu iqtibas yang popular dalam kalangan kami, “Barangsiapa yang menyembah Ramadhan, maka sesungguhnya Ramadhan telah pergi. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati.”
Hayati video ini mengenai fenomena ‘Muslim Ramadhan’:
<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/u5Vt0xHogEo?fs=1&hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/u5Vt0xHogEo?fs=1&hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>
Bacaan-bacaan lain yang bagus mengenai Ramadhan & Aidilfitri:
Sambutan Hari Raya dari blog GMB
Wajibkah Solat Jumaat Setelah Solat Hari Raya? dari blog GMB
Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri oleh Muiz Nasrallah
Belum Tiba Lagi, Cintaku Hendak Pergi oleh Hilal Asyraf
Kamu Tidak Layak untuk Aidilfitri oleh Hilal Asyraf
Nasehat Selepas Ramadhan oleh Ikhwan Muslim
العيد لمن oleh Khalid Abu Shalih
Saya sangat sedih. Ramadhan hendak pergi. Rasa seperti tiada perubahan dalam diri. Rasa malu untuk menyambut Aidilfitri.
Saya boleh saja menjadi seperti kebanyakan orang Melayu, menyalahkan orang lain disebabkan kesilapan sendiri. Saya boleh menyalahkan USIM kerana suasananya dan jadual waktunya yang padat. Namun, sampai bila saya hendak play victim? Seperti yang dinukilkan oleh Maher Zain dalam lagunya Awaken, “Yes it’s easy to blame everything on the West, when in fact all the focus should be on ourselves.”
Namun, peluang masih belum tertutup. Ramadhan ada satu hari lagi. Syawal ada enam hari untuk menampung kecacatan Ramadhan kali ini. Hari-hari selepas ini, Allah masih membuka pintu-pintu rahmat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Mungkin, amalan-amalan yang berterusan selepas Ramadhan menunjukkan Allah menerima Ramadhan kita kali ini. Ketahuilah; kerugian dan kegagalan sebenar apabila kita berhenti mensucikan diri. Apabila kita mula berputus asa daripada rahmat Allah.
Selamat beramal di hari terakhir bulan Ramadhan,
—dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kullu ‘aam wa antum aqrabu ilallah!
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-31553242408369712682010-08-26T07:32:00.003+08:002010-08-26T07:45:51.575+08:00Harga Diploma Keikhlasan
Hitam putih. Protokol. Profesionalisme. Kadangkala perkara-perkara ini merobotkan pemikiran manusia dan menyempitkannya. Mengikat insan dengan keputusan-keputusan yang pada akhirnya merugikan dirinya sendiri; yang tidak bermanfaat selain memberikan perasaan ‘terlepas’ kerana telah mematuhi peraturan manusiawi. Sedangkan akal itu diciptakan dan diberikan Allah untuk digunakan.
Apa yang saya tulis ini mungkin benar bagi kes ini dan mungkin tidak. Tetapi saya yakin ia benar secara umumnya dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Apa yang tersurat di sini cuma sebuah refleksi dan persepsi peribadi terhadap keadaan kemanusiaan itu sendiri.
Bagaikan kacang lupakan kulit. Itulah yang berlaku kepada dua orang guru favourite saya di pusat Tamhidi ini. Favourite saya bukan saja kerana mereka sememangnya pakar dalam subjek mereka (Matematik dan Fizik), tetapi juga kerana kesungguhan dan keikhlasan mereka mengajar kami. Habis madu, sepah dibuang. Inilah akibatnya jika diikat dengan sistem berjantung robot, yang tidak mampu memandang out of the box, selain apa yang diprogramkan.
Teringat saya akan kata-kata guru Matematik saya ketika beliau menerangkan masalah ketaksamaan,
Untuk menyelesaikan masalah ini *tiada teknik yang khusus*. Kamu perlu memahami konsepnya, definisinya; kamu perlu faham apa maksud nilai-nilai yang memuaskan satu-satu persamaan.
Soalan-soalan matematik di peringkat menengah semuanya ada teknik menjawab yang khusus. Hafal formula, pasti skor. Tetapi matematik di peringkat matrikulasi lebih sukar dan mencabar. Ia bukan lagi hanya teknik dan formula, tetapi sudah lebih kepada konsep dan pemahaman.
Nampaknya masih ramai orang yang bermentaliti pelajar sekolah menengah. Semuanya dilakukan seperti telah dipogramkan — seperti robot. Mereka bukan ahli akademik apatah lagi pedagogi, lantaran itu tidak mengerti apakah sebenarnya konsep pengajaran dan pendidikan. Buta akan definisi sumbangan dan pengorbanan. Tidak memahami apakah nilai-nilai yang membuatkan satu-satu sesi pembelajaran itu menarik dan berkesan.
Di sini definisi ‘baik’ dan ‘skema’ tampak jelas perbezaannya. Sang ‘skema’ menurut peraturan manusia huruf demi huruf. Baik buruk peraturan, redah semua. Jika mati manusia kerana peraturan pun, tidak diambil kisah. Hatta syarak pun sanggup dilanggarnya. Peraturan manusia menjadi timbangan. Protokol memintanya bersalaman dengan pembesar walaupun bukan mahram? Jalan saja. Kod pakaian syarikat tidak membenarkan pemakaian tudung? Tanggal belaka. Baik bagi sang skema ialah apa yang mengikut peraturan, dan buruk baginya ialah apa yang melanggar peraturan.
Orang ‘baik’ lain pula kisahnya. Dia lebih bijak dalam berperaturan. Apa yang baik daripada peraturan manusia dia ambil, apa yang buruk ditinggalkan. Undang-undang Allah menjadi neraca tertinggi. Hati dan emosi manusia dimasukkan dalam perkiraan.  Mematuhi peraturan dengan ilmu dan akal. Mengaplikasikan peraturan mengikut keadaan dan kesesuaian. Peraturan yang tidak ada cacat cela baginya hanyalah peraturan Allah. Bagi orang yang baik, nilai baik itu ialah apa yang baik pada nilaian syarak, dan nilai buruk itu apa yang buruk pada nilaian syarak.
Kata-kata guru Fizik:
Cikgu seronok mengajar sini. Yalah, kamu semua pelajar sekolah agama. Sahsiah kamu baik, seronok sangat. Cikgu cuma nak bantu kamu mana yang boleh supaya kamu dapat masuk fakulti perubatan. Kamu perlu ... kamu perlu.
Keluhan guru Matematik:
Saya bimbang sangat bila saya dah tak mengajar di sini lagi, macam manalah kamu semua nanti. Risau saya.
Keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam mengajar itu tampak jelas dalam sesi-sesi kuliah dan tutorial, dan lebih jelas lagi di luar waktu perkuliahan. Curahan ilmu dari hati ke hati memberikan kesan yang sangat besar berbanding maklumat kering untuk riadah minda. Keikhlasan seorang guru boleh dirasai oleh pelajar. Mengajar untuk bakti berbeza dengan mengajar untuk gaji. Mereka bukan tidak diberi peluang untuk mendapat jawatan dan penghidupan yang lebih baik di tempat lain – permintaan terhadap kepakaran mereka sangat-sangat tinggi – tetapi mereka membuat keputusan untuk terus mengajar di sini kerana kami: pelajar diniah yang berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang sains.
Namun, sedih sekali; diploma keikhlasan dan kesungguhan itu tidak dikira sesen pun sebagai syarat kelayakan untuk terus mengajar. Pengalaman puluhan tahun dan sekeping kertas diploma pendidikan ditimbang oleh dacing sistem. Pengalaman yang bersifat ‘manusia’ tiada nilai bagi sistem. Yang mampu dibaca sistem hanyalah hitam putih kertas diploma yang boleh dikoyak begitu saja. Experience has lost its value.
Kalaulah diploma pendidikan itu merupakan prasyarat bagi guru untuk mengajar dengan cemerlang, aku tidak akan berdiri setinggi aku sekarang ini.
Keikhlasan dan kesungguhan;
hanya dapat dipancarkan oleh hati manusia—
—dan dirasai oleh hati manusia jua.
Walaubagaimanapun, apa yang aku tulis di sini mungkin hanya akibat kesalahan manusia yang tidak pernah terlepas daripada kesilapan. Setiap anak Adam itu membuat kesalahan, dan sebaik-baik orang yang membuat kesalahan ialah orang yang bertaubat. Mungkin dalam masa terdekat ini, mereka menyedari mereka telah tersilap dalam membuat percaturan, dan pada masa akan datang kita sama-sama ketawa mengenangkan unsur suspens sebentar dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Sama-sama kita doakan.
Ya Allah, selamatkanlah guru-guru kami daripada kezaliman sistem,
dan manusia yang mendukung sistem itu.
Ya Allah, kurniakanlah kami guru-guru yang ikhlas dalam mendidik,
dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang ikhlas dalam menuntut.
Ya Allah, ampunkanlah semua guru yang mengajari umat Islam ilmu-Mu,
selawat dan salam ke atas guru dan nabi kami Muhammad SAW.
اللهم اغفر للمعلمين، وبارك في أبدانهم وآطل في أعمارهم
Amin, ya Rabb al-‘Alamin.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-77540953139371510892010-07-10T17:41:00.002+08:002010-07-25T07:06:45.391+08:00Dagang di Negeri Sendiri
Selama ini sekadar mendengar, hanya sebagai aset tazkirah. Rasa macam faham, rupa-rupanya tak faham pun. Betullah apa yang selalu diperingatkan; medan teori tidak sama dengan medan amal. Baru aku tahu peritnya menjaga Islam dalam keadaan dagang.
Dagang Kali Kedua
قال الرسول صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا و سيعود كما بدأ غريبا فطوبى للغرباء
Sabda Rasulullah SAW: “Islam telah bermula dengan dagang (asing, pelik) dan ia akan kembali dagang sebagaimana ia bermula, maka berbahagialah orang yang dagang (yang bersama Islam pada waktu ianya dagang).” — HR Muslim
Kita sekarang hidup dalam satu zaman yang digelar sebagai zaman ‘Ghurbah Thaniah’, iaitu dagang kali kedua.
Rasulullah SAW menyebarkan Islam kepada masyarakatnya dalam keadaan Islam itu asing. Masyarakat majoritinya menentang Islam. Orang-orang yang mengamalkan Islam dihina, diseksa & diperlekehkan. Namun, berkat perjuangan Rasulullah dan para sahabat r.a., dengan izin Allah SWT, Islam akhirnya mentadbir dunia dan diiktiraf sebagai mahaguru kepada alam.
Kemudian, akibat umat Islam sendiri tidak intima’ atau berpegang dengan sebenarnya kepada Dinullah yang suci ini, sejarah menyaksikan keruntuhan satu demi satu Khilafah Islamiah, sehinggalah keruntuhan Khilafah Islamiah Uthmaniah Turki secara rasminya pada tahun 1924. Dan secara rasminya juga, sistem-sistem taghut & jahiliah kembali bermaharajalela di atas muka bumi ini. Islam kembali dagang.
Kini, keadaan orang yang benar-benar beriltizam dengan ajaran Islam sama saja seperti zaman awal penurunan Islam. Mereka dihina dan diperlekehkan oleh masyarakat jahiliah. Mereka dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh oleh penguasa jahiliah. Sistem syura, tudung labuh dan cinta hanya selepas kahwin dipandang kuno dan pelik. Islam kembali dagang.
Orang-orang yang pada mulanya berpegang dengan Islam, akhirnya, satu demi satu hanyut dibuai arus jahiliah. Gerakan-gerakan menyebarluaskan fahaman sekular dan liberal berkerja keras mendoktrinkan orang-orang Islam supaya tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Umat Islam telah menjadi lemah, sepertimana disifatkan oleh Rasulullah SAW:
“Akan datang satu zaman bila mana umat-umat yang akan berkerumunan (untuk merebutkan) kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” Maka seorang bertanya: “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” Baginda menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-wahn di dalam hati-hati kamu.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-wahn?” Baginda menjawab : “Cinta dunia dan takut mati.” — HR Abu Dawud
Kita bermohon kepada Allah supaya Dia memelihara keimanan kita dan menetapkan kita dalam agama-Nya.
Pengasingan Jiwa
Melihat suasana pseudo-Islamik yang menguasai kampus, aku menyelak-nyelak catatan-catatan Islam yang aku kumpulkan sewaktu di bangku sekolah dahulu, dengan harapan dapat bertemu sebuah jawapan. Alhamdulillah, Allah mempertemukan aku dengan catatan ringkas yang, pada aku, mampu menjadi panduan dalam menghadapi suasana ini: uzlah syu’uriyyah.
Uzlah syu’uriah atau pengasingan perasaan ialah mengasingkan (menguzlahkan) jiwa dan perasaan daripada bersekongkol dengan pemikiran dan budaya jahiliah. Kita memelihara jiwa dan perasaan daripada dinodai oleh kotoran-kotoran jahiliah, memisahkan jiwa daripada mereka dengan merasai ketinggian iman dan Islam yang sebenarnya. Namun, pengasingan jiwa tidaklah bermaksud pengasingan jasad secara fizikal, kerana sekiranya berlaku pengasingan fizikal nescaya dakwah tidak akan berjalan.
Mengenai perkara ini, al-Syahid Sayyid Qutb pernah berkata:
… mara terus dalam menghancurkan jahiliah yang bermaharajalela di seluruh pelusuk bumi, mara terus dalam usaha mengasingkan jiwa di suatu sudut di samping mengadakan hubungan jasadiah dengan jahiliah di sudut yang lain.
Kita tidak mengasingkan diri kita daripada masyarakat yang rata-ratanya kini telah rosak, tetapi kita mengasingkan pemikiran dan perasaan kita daripada berpemikiran seperti mereka, pemahaman kita daripada berpemahaman seperti mereka, dan pendirian kita daripada berpendirian seperti mereka. Sabda Rasulullah SAW:
Jangan seseorang dari kamu menjadi orang yang tidak punya pendirian dengan berkata: ‘Aku bersama orang ramai, jika sekiranya mereka berbuat baik aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan aku pun turut melakukan kejahatan.’ Tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya manusia berbuat baik, maka hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahat maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka.
Membezakan Diri
Orang yang benar-benar mengasingkan jiwanya daripada jahiliah akan membezakan dirinya daripada jahiliah yang dibencinya itu. Apakah mungkin individu yang memiliki jiwa yang membenci jahiliah akan menampilkan diri dengan penampilan jahiliah, bertutur dengan pertuturan jahiliah, dan berakhlak dengan akhlak jahiliah? Di sini jelas terbukti bahawa orang Islam tidak akan boleh sama dengan jahiliah. Di situ wujudnya pembezaan.
Firman Allah SWT:
Katakanlah: Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukanlah penyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah dinmu dan untukkulah Dinku. — Surah al-Kafirun: 1-6
Terdapat jurang yang besar antara cara hidup Muslim dengan cara hidup Kafir. Wujudnya keperluan ke atas kita untuk bertamayyuz, yakni membezakan diri daripada jahiliah. Dan ke atas kita juga tugas membawa manusia mengenali apakah cara hidup kita yang sebenarnya, dan menyedarkan mereka daripada dipukau oleh cara hidup jahiliah.
Moga-moga Allah memberikan taufiq-Nya kepada kita, agar jiwa kita sentiasa teguh dengan Islam dalam zaman dagang yang amat getir ini ketika kita terjun ke dalam masyarakat untuk membawa manusia kembali kepada hakikat perhambaan yang termaktub dalam Surah al-Zariyat ayat 56:
Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri kepada-Ku.
Sebelum ini, aku hanya mengetahui secara ilmiah apa yang aku tulis di atas. Bolehlah, sebagai Ketua Umum Pelajar, berceloteh di atas pentas di SMIK. Namun sekarang, segala-galanya yang aku dapat di sekolah dahulu diterjemahkan menjadi realiti. Kini baru aku faham, tarbiah itu bukan untuk dihafal, tetapi untuk dihadamkan dan seterusnya diamalkan. Aku sangat berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guruku yang telah memberikan aku bekalan ini. Dan aku bersyukur pada-Mu ya Allah, kerana menunjuki aku jalan ini, tetapkanlah kami di atasnya. Amin.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-30817473610944613092010-06-13T16:55:00.003+08:002010-07-25T07:06:22.934+08:00Pabila Ikhtilat Dipanggil Latihan
Memang benar seorang doktor tidak boleh memilih pesakitnya, hendak lelaki sahaja atau hendak perempuan sahaja. Namun, saya masih tidak bersetuju dengan ‘latihan-latihan ikhtilat’ dalam kelas.
Perlu diingat bahawa doktor berinteraksi dengan pesakitnya atas dasar urusan dan dalam jangka masa yang terhad, namun kumpulan studi yang melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan 18 tahun selama satu tahun sudah tentu akan membawa kepada pergaulan yang lebih daripada sekadar urusan. Memanglah tidak diminta untuk menggatal dalam kelas-kelas tutorial, dan bagi mereka yang kuat asas tarbiahnya, insya-Allah boleh menjaga diri masing-masing daripada melebihi batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak. Namun, perbuatan menetapkan kumpulan yang mewajibkan pergaulan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram sudah tentu membuka pintu-pintu ikhtilat yang lebih banyak, terutamanya bagi mereka yang lemah benteng imannya. Apatah lagi, kebanyakan kumpulan hanya mempunyai seorang lelaki.
Mungkin penetapan ini disertai dengan niat dan matlamat yang baik, iaitu membiasakan pelajar dengan suasana masyarakat yang berbeza jantina dan mengelakkan kejutan budaya pada masa akan datang, namun tasawwur ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip asas dalam usul fiqah, antaranya:
Matlamat tidak menghalalkan cara
Mengelak mudarat lebih utama daripada mendatangkan manfaat
Yang baik ialah apa yang baik pada nilaian syarak, dan yang buruk ialah apa yang buruk pada nilaian syarak
Being open-minded in Islam has its limits. Please stop being liberal; return to what Allah has decreed. Ah, one more thing, please interpret the Quran based on the views of the mufassirin, not based on what our unqualified selves think.
Doakan saya dan sahabat-sahabiah kukuh dalam mengharungi kehidupan menuntut ilmu Allah di universiti Islam, dan doakan moga dakwah dan tarbiah dapat berkembang mekar di sana.
Wallahua'lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-77175996439561999232010-06-06T15:09:00.004+08:002011-08-17T21:30:10.969+08:00Kita (Pelajar) & Ghazzah
Moga Allah melaknat Zionis! Tindakan mereka sangat melampau. Tanggal 31 Mei yang lalu, mereka menyerang konvoi kemanusiaan ke Gaza tanpa alasan, tanpa peri kemanusiaan, menyebabkan 20 orang syahid dan lebih 50 orang cedera. Sehari selepas itu, mereka menyerang Gaza sendiri dan menyebabkan lima lagi syahid. Dua belas orang wakil konvoi dari Malaysia ditawan di penjara. Sepanyol dan banyak negara lain menarik kedutaan mereka keluar daripada Israel. Dunia telah membuka mata. Maka apakah pula tindakan KITA, dalam kesibukan hidup di sekolah/IPT?
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, dalam kesibukan kita menimba ilmu Allah di IPT, berikut merupakan apa yang boleh kita, sebagai pelajar, menyumbang kepada perjuangan membebaskan al-Aqsa:
1. Bersihkan diri daripada sifat-sifat Yahudi
Tazkirah Jumaat di Masjid Putra Nilai mengingatkan jemaah supaya menanamkan dalam hati rasa benci yang terhadap Zionis la’natullah. Pentazkirah itu menambah lagi, supaya jemaah membersihkan jua hati dan diri daripada sifat-sifat Yahudi, antaranya bersemangat assabiah, belot, memungkiri janji, hipokrit, dan sebagainya. Amat rugilah kita sekiranya kita bersemangat mengibarkan bendera-bendera anti-Zionisme sedangkan kita masih berperangai dengan perangai Yahudi. Oleh sebab itu, Allah mengajar kita dengan mewajibkan kita, sekurang-kurangnya 17 kali sehari, berdoa kepada-Nya supaya dijauhkan daripada mengikuti jejak langkah Yahudi (al-maghdub ‘alaihim). Amin.
2. Perbanyakkan doa dan solat hajat
Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu. — Akhi Noorazman, Ketua Konvoi Malaysia ke Gaza.
Inilah yang paling kurang yang kita boleh buat. Susah sangatkah berdoa, walau dalam bahasa Melayu, untuk saudara-saudara kita di Gaza, dan saudara-saudara kita yang berjuang membebaskannya? Susah sangatkah bangkit menunaikan solat hajat dua rakaat sebelum tidur moga-moga Allah memberikan perlindungan dan rahmat-Nya kepada mereka?
3. Boikot barangan Israel
Sebagai pelajar, diakui bahawa kita mempunyai sumber kewangan yang agak terhad. Namun, lebihan seringgit dua daripada perbelanjaan harian kita itu lebih afdal kita sumbangkan demi Islam, daripada disimpan untuk membeli keluaran game yang terbaru. Ingatlah, Mukmin yang rajin memberi itu tak akan miskin. Jika kita benar-benar tidak mampu untuk mengeluarkan wang demi membantu rakyat Gaza, janganlah pula mengeluarkan wang untuk membunuh rakyat Gaza. Boikot barangan mereka. Lumpuhkan ekonomi mereka. Sanggupkah kita membunuh saudara kita semata-mata kerana Maggi dan Milo panas peneman studi di tengah malam? Kafe hanya selangkah dua, harga makanan pun murah, tetapi masih ada yang rela menghabiskan duit menaiki teksi untuk makan tengah hari di KFC. Artikel menarik: Boycott Israel – How to Make People Around You Do The Same.
4. Sebarkan kesedaran dan info tentang Palestin
Ramai lagi yang masih tak tahu tentang penderitaan saudara-saudara kita di Palestin. Mereka mungkin tahu, tetapi sekadar di permukaan sahaja. Tidak sehingga mereka dapat menghayati betapa seksanya saudara-saudara seakidah kita di sana. Ataupun mereka mungkin masih tertipu dek permainan Israel yang mengatakan Dome of Rock itu ialah Masjid al-Aqsa. Dalam sembang-sembang semasa rehat, menaiki bas, dan sebagainya, Gaza lebih aula daripada Piala Dunia. Paling tidak pun, selitkanlah juga cerita tentang Gaza dalam perbualan tentang Piala Dunia. Objek sfera yang menjadi perhatian dunia sekarang ialah bola Adidas Jabulani yang mahal, sedangkan ‘bola’ yang banyak dilihat oleh remaja-remaja Palestin ialah kepala-kepala ibu dan ayah mereka sendiri. Dan remaja Malaysia larut dalam kefanatikan sukan bola sepak, satu lagi perancangan mega Yahudi la’natullah.
5. Belajar kerana Allah
Kita sebagai pelajar, tidak dituntut untuk berhenti belajar sekarang dan pergi ke Palestin mengangkat senjata. Kita merupakan golongan yang sedang ‘nafar dalam perjuangan’. Golongan yang dikecualikan daripada perang silahi (bersenjata) untuk mendalami ilmu Allah dan berjihad di medan ilmu. Untuk itu, kita perlu sematkan dalam hati kita bahawa duduknya kita di medan ilmu ini adalah untuk mendalami ilmu sedalam-dalamnya supaya dengan itu lebih ramai ilmuwan Islam yang disegani oleh masyarakat dunia dilahirkan – semuanya adalah supaya dunia mengiktiraf bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Firman Allah SWT:
Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang, oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) — Surah al-Taubah, ayat 122.
Kita perlu yakin bahawa duduknya kita di Malaysia untuk menuntut ilmu kerana Allah merupakan salah satu tanggungjawab dan jihad kita dalam membebaskan al-Aqsa. Untuk itu, tidak boleh tidak, kita perlu menanamkan niat untuk berjihad di Palestin dalam hati kita apabila Allah mengizinkan. Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa mati sementara dia belum pernah berperang atau meniatkan diri untuk berperang, maka dia mati di atas satu cabang dari kemunafikan. — HR Muslim
Oleh sebab itulah kita berdoa kepada Allah dalam Doa Rabitah supaya Allah matikan kita dalam keadaan syahid di jalan-Nya. Bait terakhir lagu ‘Palestina Tercinta’ dendangan kumpulan Shoutul Harokah amat patut kita hayati:
Ya Rabbi, izinkanlah kami berjihad di Palestina-Mu,
Ya Allah, masukkanlah kami tercatat sebagai syuhada-Mu.
Dan ingatlah, para syuhada di Gaza bukanlah orang-orang yang mengabaikan ilmu. Al-Syahid Abdul Aziz al-Rantissi merupakan seorang pakar pediatrik, al-Syahid Nizar Rayan pula merupakan seorang pemegang PhD. Ini merupakan dua contoh daripada ratusan pemegang PhD di Gaza. Kita berjihad di medan ilmu, dan berniat dan berdoa kepada Allah moga-moga Dia mengizinkan kita berjihad di medan peperangan sebenar.
Kita belajar dalam rangka untuk memperkasakan diri kita dalam dakwah & tarbiah. Dakwah dan tarbiah ialah ‘peperangan nafas panjang’ kita di tanah air. Kecemerlangan dakwah dan tarbiah di Malaysia harus bergerak seiring dengan pembebasan al-Aqsa. Inilah misi kita. Inilah jalan kita. Moga Allah mengekalkan saya, anda, dan kita semua di atas jalan dakwah ini.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-44652573751923975142010-05-20T02:16:00.006+08:002010-05-20T02:24:38.512+08:00Yahudi: “Hancurkan Islam? Mudah Saja. Rosakkan Belianya.”
Satu lagi pos yang disunting daripada artikel sahabat saya Ahmad Hashimi. Artikel asal yang bertajuk ‘Perancangan Yahudi Melenyapkan Islam’ diterbitkan dalam Fikruttaqwa Edisi Mahrajan Thaqafi 2009.
Yahudi merupakan salah satu daripada bangsa-bangsa yang wujud di dunia. Berdasarkan sejarah, mereka merupakan keturunan Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Mereka digelar Israel kerana Nabi Yaakub digelar sedemikian; Israel bermaksud ‘berjalan malam’ –ekoran kebiasaan Nabi Yaakub sendiri. Bermula dari detik tersebut, ramai nabi diutuskan daripada kalangan mereka. Bermula dari detik itu juga, mereka adalah bangsa yang dimuliakan oleh Allah. Nabi terakhir yang turun dalam kalangan mereka ialah Nabi Isa AS.
Detik-detik Permusuhan
Nabi Isa a.s. pernah memberitahu kepada mereka bahawa akan turun nabi selepasnya iaitu nabi akhir zaman merangkap penghulu segala nabi dan utusan Allah yang terakhir. Bermula dari situ, bangsa Yahudi mula menunggu ketibaan nabi terakhir sebagai penyelamat dan pemimpin mereka untuk menaiki takhta dunia. Mereka juga menyangka bahawa nabi yang terakhir itu akan lahir dalam kalangan bangsa Yahudi juga. Pada tahun 570 M, kota Mekah menyaksikan lahirnya insan teragung yang bakal menyinari seluruh pelusuk dunia dengan cahaya pengabdian semata-mata kepada Allah. Dan insan yang dinanti-nantikan Yahudi ini lahir dalam bangsa Arab. Hanya kerana itu, bermulalah permusuhan Yahudi terhadap Islam.
Hasil hasutan syaitan, bangsa Yahudi meletakkan Islam sebagai musuh utama. Sejarah menyaksikan Islam menjadi Daulah, kemudian berkembang menjadi empayar yang gah. Rahsia kekuatan Islam amat berbeza dengan empayar lain seperti Rom dan Parsi, dan rahsia itu tidak difahami oleh orang kafir yang lain, tetapi amat difahami oleh orang Yahudi. Mereka tahu bahawa melawan Islam secara ketenteraan adalah seperti mengundang maut.
Hancurkan Tiang Islam, Hancurkan Belianya!
Sehubungan itu, orang Yahudi mula merancang dengan teliti dan sistematik untuk menghancurkan asas-asas Islam. Apabila hancur asas ini, Islam akan hilang kekuatannya, termasuk dari segi ketenteraan. Ketahuilah, sesungguhnya anak-anak muda Islam adalah asas ini. Hancurnya remaja Islam bererti hancurnya Islam. Hancurnya Islam bermaksud tiada lagi penghalang bagi Yahudi untuk menjadikan dunia sebagai pentas permainan. Zaman berganti zaman. Rancangan-rancangan mereka dirancang dengan penuh teliti dan bersungguh-sungguh. Matlamat dan sasaran mereka ialah menghancurkan dan melenyapkan Islam.
Globalisasi & Pemodenan Senjata Mereka
Rancangan mereka terlalu sistematik dan buktinya jelas terpapar di depan mata kita, atau mungkin dalam diri kita sendiri. Bermula dengan penubuhan Freemason, penguasaan dunia, penyatuan budaya melalui boneka Eropah, menjadi penguasa di sebalik tabir Amerika, penyatuan bangsa dalam satu negara (nasionalisme) [ed: 1Israel?], demokrasi, dan hampir semua yang digelar ‘moden’. Hakikatnya, dunia di bawah telunjuk mereka, yang bertopengkan Amerika dan Eropah.
Seperti yang telah dinyatakan, mereka merancang penyatuan dunia untuk memudahkan penguasaan. Banyak jalan yang telah dipermudahkan bagi mereka hasil rancangan mereka yang lalu. Contohnya, penguasaan terhadap media dunia [ed: Rupert Murdoch?]. Di sini mereka dapat memasuki minda anak-anak dengan mudah. Bertopengkan hiburan, mereka cuba melawan fitrah anak-anak dengan meletakkan video-video yang tidak sepatutnya di televisyen dan internet. Semua anak-anak di dunia terdedah dengan pengawalan minda ini. Kesannya, hampir semua mereka yang didedahkan rosak akhlaknya. Sasaran utama ialah merosakkan anak-anak Islam.
Selain itu, mereka juga mencipta artis sebagai satu budaya dunia. Negara manakah yang tidak mempunyai artis? Menggunakan pengawalan minda, mereka berjaya meletakkan artis-artis di puncak kekaguman anak-anak. Pada masa yang sama, mereka berjaya mengeluarkan tokoh-tokoh Islam yang berkorban dan menitiskan air mata untuk Islam daripada dada anak-anak ini. Boneka-boneka artis yang tiada maruah ini diagung-agungkan. Episod kehancuran Islam sedang berjalan. Artis pula tidak ubah seperti patung permainan yang dikawal dengan teliti oleh jari-jemari yang sungguh besar. Tanyalah anak-anak kita siapakah Sultan Muhammad al-Fateh, atau Tariq bin Ziad dan Saidina Umar al-Khattab.
[Ed: Jika pun masyarakat mengenali tokoh-tokoh ini, mereka telah didoktrinkan oleh Yahudi dan sekutunya dengan fikrah ‘hero-worshipping’ atau ‘saviour-waiting’, iaitu menunggu-nunggu kedatangan ‘hero’ yang akan menyelamatkan umat; sepatutnya merekalah yang perlu mencontohi tokoh-tokoh ini dan menyelamatkan diri sendiri. Rujuk tulisan al-Kailani untuk tambahan.]
Masih Ada Penyelesaiannya
Kejayaan Yahudi yang terbesar dan sudah terbukti ialah keluarnya al-Quran daripada hati-hati kaum Muslimin. Hilangnya sumber cara hidup yang menyeluruh menyebabkab lumpuhnya Islam. Hampir tiada lagi anak-anak muda yang boleh memikul tanggungjawab untuk menegakkan Din ini. Maka hampir sempurnalah perancangan mereka. Namun, sedar atau tidak, masih ada satu lagi sistem yang boleh membentuk anak-anak ini. Bukti kejayaan sistem ini berada pada lembaran sejarah 1400 tahun yang lalu di Mekah.
Hakikat sistem ini ialah mengkuarantinkan sekumpulan manusia daripada arus luar  dengan membentengi hati-hati ini daripada arus suasana globalisasi yang rancak. Sistem ini juga melahirkan manusia-manusia yang mempunyai tamayyuz (perbezaan) dengan orang lain, mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai da’i (pendakwah) dan harapan masyarakat. Hakikatnya, hanya sistem ini yang boleh membentuk manusia.
Tidak lain tidak bukan, sistem ini  ialah tarbiah.
Masyarakat dunia sedang menipu diri sendiri dengan memberikan banyak ‘jalan penyelesaian’ di dalam syarahan-syarahan, pidato-pidato dan ucapan-ucapan mereka. Hakikatnya, tiada jalan yang lain yang mampu menyelesaikan masalah ini melainkan tarbiah. Inilah satu-satunya sistem yang boleh membentuk manusia – membentengi mereka dari arus luar yang dahsyat. Jika tiada sistem ini, sekolah agama pun akan merekodkan satu atau dua atau banyak kes zina.
Tatkala remaja lain sibuk berpasangan, mereka sedang mencari jalan untuk mengembalikan semula Islam dan Daulah. Tatkala remaja lain sedang menetapkan bahawa matlamat akhir ialah berkahwin, mereka menetapkan bahawa tertegaknya Islam sebagai matlamat akhir untuk menggapai reda Allah. Tatkala hancurnya akhlak remaja-remaja luar, terbinalah akhlak yang cukup cantik pada remaja-remaja tarbiah ini.
Inilah remaja-remaja yang lahir daripada sistem tarbiah, inilah hakikat pendidikan Rasulullah. Syaratnya mudah: membuka hati untuk menerima tarbiah dan berterusan dengannya. Suasana yang lahir daripada remaja-remaja tarbiah ini cukup indah, sehingga manusia-manusia yang masih terkapai-kapai berusaha mencari suasana itu. Merekalah yang ditakuti oleh Yahudi. Merekalah pemegang mas’uliah (tanggungjawab) yang cukup besar. Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi pada remaja-remaja ini.
Kalimah Akhirah
Perancangan Yahudi terus berjalan. Sekarang mereka sedang mendominasi dunia dengan bertopengkan Amerika. Jika berjalan lancar, mereka akan menguasai dunia secara terang-terangan pula. Dunia Islam pula sedang menantikan ketibaan produk-produk tarbiah ini. Akhir kata dari penulis, hayatilah kata-kata Imam Hasan al-Banna:
Akan aku himpunkan segolongan pemuda-pemuda; akan aku tutup tabir dan akan aku proses dengan Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW sehingga mereka memiliki jelmaan Islam, dan kemudian akan aku buka tabir dan aku bebaskan mereka kepada masyarakat dan masyarakat akan tercengang-cengang melihat, siapakah pemuda-pemuda ini?
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-2591375607424084242010-05-19T18:01:00.006+08:002010-05-20T00:42:44.626+08:00LL4G: Amanat Sebelum ke Gaza
Malam tadi, Akhi Hafizuddin Pirus (Pemuda Kahfi) sempat berada di KLIA untuk melihat sahabat-sahabat konvoi Malaysia Lifeline4Gaza sebelum mereka berangkat ke Turki seterusnya ke Gaza untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Akhi Hafizuddin sempat mencatat ucapan-ucapan mereka dan mengongsikannya di blog beliau (pos asal). Berikut merupakan amanat mereka yang sempat tercatat:
Wakil Viva Palestina:
Ana menyeru supaya kita beriktikad dan bersatu demi menjayakan misi ini. Berjaya atau gagal is secondary, yang penting segala usaha yang telah kita curahkan untuk Islam ini mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT, insya-Allah.
Wakil Muslim Care:
Inilah medan kita, yakni titik permulaan buat kita. Apa yang kami lakukan ini bukan lagi jihad kecil, tetapi ianya adalah jihad besar. Kami tidak mengharapkan apa-apa dari antum dari Malaysia, kami cuma mengharapkan doa yang ikhlas kerana doa adalah senjata utama umat Islam.
Wakil HALUANita:
Kepada isteri-isteri yang ditinggalkan, ini bukanlah perkara yang harus disedihkan, tetapi ianya harus dibanggakan. Suami-suami yang pergi adalah pejuang-pejuang yang dijanjikan Allah syurga-Nya; jika mati mereka adalah mati syahid. Ianya menjadi suatu titik permulaan bagi kita di dalam medan dakwah.
Wakil Yayasan Amal:
Jika kami tidak pulang buat selama-lamanya, wasiat-wasiat telah pun kami serahkan kepada keluarga-keluarga kami. Jika tiada jalan keluar buat kami di Gaza, kami berlapan akan berjuang berhabis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir. Biarlah kami mati dibumi anbiya’; di jalan Allah SWT. Insya-Allah.
Akhi Noorazman (ketua misi):
Kami yang berada di atas kapal, mengharapkan sungguh-sungguh gabungan ukhuwah yang mantap anatara kita (jemaah-jemaah Islam) yang akan menjadi kekuatan buat kami di sana. Serta kami mengharapkan pertolongan dan reda dari Allah supaya misi ini berjalan dengan jayanya. Bukan hanya misi kemanusiaan yang membawa kami ke Gaza, tetapi juga ini adalah suatu misi untuk membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa dari jajahan Zionis Israel. Kami disini mohon dan megharapkan doa-doa dari antum semua.
Alhamdulillah. Mereka sedang melaksanakan jihad yang besar, mendukung agama Allah, berusaha membebaskan al-Quds. Kita pula, apa sumbangan kita untuk Palestin? Teruskan berdoa untuk sahabat-sahabat Malaysia kita yang sedang ke Gaza, dan sahabat-sahabat kita yang sedang berjihad di Palestin. Sumbanglah setakat yang termampu dalam bentuk kesedaran, doa, dan harta. Moga Allah meredai usaha ini dan usaha kita semua, insya-Allah.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-87201612453511442782010-05-19T15:00:00.004+08:002010-05-20T00:54:48.842+08:00Ancaman Globalisasi
Disunting daripada tulisan Ahmad Hashimi dalam Fikruttaqwa 2009. Artikel asal.
Zaman moden kini, seribu satu maklumat berada di hujung jari. Pendapat, pandangan dan ideologi mengalir deras dalam arus teknologi maklumat sekarang, tidak kira baik atau buruk. Semua ini membawa kepada satu kesan, iaitu penyatuan cara hidup tanpa mengira bangsa dan sempadan; dan cara hidup yang baru ini melunturkan semua identiti bangsa dan menggantikannya dengan cara hidup yang baru. Cara hidup yang baru ini juga merupakan simbol pemodenan – dan sumber atau rujukan cara hidup ini berasal kebanyakannya dari Barat atau Eropah.
Ancaman Terhadap Islam
Tidak dapat dipastikan sekiranya ini memang merupakan satu perancangan atau tidak, tetapi yang pastinya, cara hidup ini membawa banyak kesan buruk kepada satu bangsa – bukan bangsa Melayu, tetapi bangsa Islam. Seperti yang telah dinyatakan, setiap bangsa mempunyai identitinya masing-masing sebelum kedatangan cara hidup yang diagung-agungkan sekarang ini, dan identiti bangsa Islam merupakan cara hidup yang paling cantik, lengkap, dan sempurna sama ada sebelum ataupun selepas kemunculan cara hidup yang baru ini. Sebabnya hanya satu: Islam tidak terbit daripada buah fikiran manusia tetapi ia didatangkan oleh Pencipta buah fikiran manusia, malah Pencipta kepada manusia itu sendiri, Rabbul ‘Alamin Allah SWT</acronym>.
Apakah kesan cara hidup baru yang lain daripada Islam ini? Kepada yang belum sedar, lihatlah di depan mata anda, atau mungkin ke dalam diri anda sendiri. Hendak tahu bagaimana cara hidup Islam beroperasi sepenuhnya dan ingin membuat perbandingan dengan cara hidup sekarang? Belajarlah sejarah bangsa Islam. Ataupun mungkin anda boleh cuba hidup dalam saki-baki jemaah yang berpegang kepada cara hidup Islam dan cuba untuk mewujudkannya semula.
Din Allah Memerlukan Penggerak
Cara hidup Islam ialah identiti bangsa Islam. Seperti yang telah dinyatakan, cara hidup yang mulia ini hampir-hampir ‘hilang’ pada zaman sekarang. Cara hidup Islam kini umumnya hanya terdapat dalam kertas-kertas yang menceritakan tentangnya. Tetapi di manakah penggerak-penggeraknya, pengamal-pengamalnya? Terlalu dagang orang-orang yang mengamalkannya sekarang. Ketahuilah hai ahli-ahli kepada bangsa Islam: sesungguhnya Pengasas kepada cara hidup ini yakni Rabb kita Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 138:
Sibghah Allah (acuan Allah); siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
Sekarang ini terlampau sedikit manusia yang diacu dengan dengan acuan Allah, kerana mereka secara sedar atau tidak telah memilih acuan-acuan Barat. Kita perlu sedar bahawa acuan Islam yang dicipta khas oleh Allah SWT ialah yang terbaik, kerana kita merupakan pewaris dakwah Rasulullah SAW.
Warkah untuk Pewaris Nabi
Akhir kata, wahai kalian yang menerima tarbiah, rasailah betapa beruntungnya kita yang masih berada dalam lubuk tarbiah ini. Manfaatkanlah, kerana pada suatu hari, pembawa imej dan identiti Islam ialah orang-orang yang lahir dari lubuk tarbiah ini sebagai penjuru-penjuru Islam, bucu-bucu Islam. Sebagai manusia yang lemah, secara fitrahnya dan secara akidahnya kita tidak boleh memilih dua cara hidup yang berbeza untuk hidup kita. Oleh itu nilailah dua cara hidup ini dan pilihlah dengan kebijaksanaan. Jahiliah memang sentiasa merancang supaya umat Islam tenggelam dalam cara hidup yang dipasarkan mereka. Maka sekarang ini kita sedang berhadapan dengan satu organisasi atau kesatuan yang cukup kuat.
Sahabat-sahabat sekalian, jalan yang kita pilih ini tidak menjanjikan apa-apa di dunia ini kecuali banyaknya luka, peluru dan tali gantung yang boleh melemahkan sesiapa sahaja tetapi bukan kalian, kerana kalian dibentuk dalam suasana tarbiah, dan dihiaskan dengan keindahan akhlak. Diri ini tidak dapat menjanjikan apa-apa kebahagiaan untuk kalian di dunia ini, tetapi diri ini menawarkan sesuatu yang lebih baik daripada itu iaitu doa, supaya kita sama-sama teguh melalui jalan dakwah yang mulia ini.
Wallahua'lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-90006339760446673252010-05-13T15:00:00.029+08:002011-08-17T23:17:35.078+08:00Jiwa Yang Menempah Syahid [Video]<object type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" data="http://www.youtube.com/v/32vkvjc4OyY&hl=en_US&fs=1&rel=0"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/32vkvjc4OyY&hl=en_US&fs=1&rel=0" /></object>
Al-Syahid Abdul Aziz al-Rantissi,
Palestin, 2004
It’s death, whether by killing or by cancer. It’s the same thing. We are all waiting for the last day of our lives. Nothing will be changed, if it’s by Apache or by cardiac arrest. I … prefer to be [killed] by Apache.
Kematian [tetap kematian] sama ada sebab dibunuh atau kanser. Sama sahaja. Kita semua sedang menunggu hari terakhir hidup kita. Tiada perbezaan sekiranya [kematian kita] disebabkan oleh Apache atau serangan jantung. Saya … lebih suka [dibunuh] oleh Apache.
Inilah jiwa yang cintakan syahid. Perkara yang paling teruk yang boleh melanda nyawa manusia ialah kematian. Dan al-Syahid al-Rantissi tidak takut akan kematian. Lalu bagaimanakah tentera Zionis hendak mengalahkan manusia-manusia seperti al-Rantissi ini? Mereka bukan sahaja tidak takut akan kematian, malah mereka mencintai kematian, kerana mati di jalan Allah itu membolehkan mereka menemui-Nya. Dan akhirnya, pada 17 April 2004, al-Rantissi syahid diserang oleh helikopter Apache Zionis.
Yahudi Zionis tidak mampu mengalahkan umat Islam secara ketenteraan, tidak selagi mana slogan “Hidup Mulia Mati Syahid” tersemat dalam hati setiap mujahidin Islam. Maka mereka merancang untuk mengalahkan umat Islam melalui ghazw al-fikr, iaitu serangan pemikiran. Mereka memanipulasi media untuk melemahkan minda pemuda-pemuda yang menjadi tunjang kebangkitan Islam. Mereka menjauhkan kita daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Yahudi menggunakan pelbagai cara untuk melemahkan remaja-remaja Islam supaya Islam tidak melahirkan pewaris yang akan menegakkan kebenaran di atas muka bumi ini.
Banyak remaja di negara kita telah tewas oleh serangan-serangan ini. Tetapi adakah sinar harapan sebenarnya telah sirna? Jiwa-jiwa yang tewas ini perlu dibangkitkan kembali oleh kita, para da’i, dengan membawa mereka melalui satu proses, proses yang sama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mengeluarkan manusia daripada jahiliah kepada Islam.
Proses apakah itu?
Tarbiah Islamiah Kamilah Syamilah.
Surah al-Ahzab,
33 : 23
Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang telah menepati apa yang dijanjikan mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur (mati), dan ada yang menunggu-nunggu, dan mereka tiada sedikit pun mengubah janji mereka itu.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-45573781977925802712010-05-06T10:06:00.005+08:002010-05-20T02:30:19.124+08:00Perhambaan Bukan Pilihan
Kita telah mengetahui bahawa setiap jin dan manusia wajib beribadat kepada Allah Taala berdasarkan Surah al-Zariyat ayat 56. Namun, syarat untuk ibadat diterima ada dua, iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah dan mematuhi syarak. Sekarang marilah sama-sama kita bermuhasabah sebentar sekitar syarat pertama penerimaan ibadat: apakah tujuan sebenar ibadat kita kepada Allah.
Sekitar Prinsip Kelima
Usul ‘Isyrin karangan al-Syahid Imam Hasan al-Banna membahaskan dua puluh prinsip kefahaman, yang diambil daripada manhaj Rasulullah SAW, yang harus diyakini oleh seorang Muslim bagi membolehkannya benar-benar memahami Islam, insya-Allah. Dalam prinsip yang kelima beliau menegaskan:
… Prinsip asal ibadat ialah ta’abbud tanpa menghiraukan makna-makna, dan prinsip asal adat ialah melihat kepada rahsia-rahsia, hikmah dan tujuannya.
Asal Ibadat ialah Ta’abbud
Perkataan ta’abbud tiada terjemahan secara langsung dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Secara kasarnya, ta’abbud bermaksud ‘menjadi seorang hamba’. Tindakan kita ialah tindakan layaknya seorang hamba. Apa yang disuruh, dibuat; dan apa yang dilarang, ditinggalkan. Tanpa mempersoalkan kerelevanan arahan atau larangan tersebut. Buat saja. Jadi seorang hamba.
Imam al-Syafi’i RA berkata:
Tidakkah kau lihat; air mani itu bukanlah najis, tetapi (keluarnya) ia menyebabkan ghusl (mandi). Wuduk dan ghusl ialah ta’abbud.
Beginilah kadang-kadang ada orang mempersoalkan, mungkin dengan keyakinan yang kurang terhadap khitab Allah, mengapa apabila seseorang itu terkentut menyebabkan wuduknya batal. Mengapa diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Mengapa 17 rakaat pula sehari. Mengapa pakaian ihram lelaki tidak boleh berjahit. Dan banyak lagi soalan-soalan yang mempersoalkan arahan Allah Subhanahuwataala.
Imam Syafi’i menjawab persoalan ini dengan sangat baik:
Apabila ada orang bertanya: ‘Mengapa tidak boleh berwuduk dengan air musta’mal (air yang telah digunakan oleh orang lain untuk berwuduk) walaupun ia tidak najis?’ maka jawapannya ialah: ‘Kerana manusia mempunyai kewajipan untuk mematuhi hukum Allah berhubung menyucikan diri mereka sendiri walaupun diri mereka tidak bersentuhan dengan najis…’
(al-Syafi’i, al-Umm, ms 29–30)
Oleh itu, kita sebagai Muslim hendaklah menerima ibadat dengan seadanya, sepertimana yang disampaikan kepada kita. Kita tidak memerlukan hikmah-hikmah atau rahsia-rahsia atau makna-makna di sebalik sesuatu ibadat yang tertentu untuk kita mengamalkan ibadat tersebut. Cukuplah hakikat bahawa Allah menyuruh kita melakukan ibadat tersebut maka kita lakukan.
Di sebalik setiap arahan Allah itu kita meyakini ada hikmahnya yang tersembunyi. Penemuan-penemuan saintifik seperti darah mengalir ke dalam salur darah yang berada di otak ketika sujud, pertukaran-pertukaran cas ketika solat berjemaah dan sebagainya hanyalah sebagai rahmat dan dalil kekuasaan Allah SWT. Tidak patut menjadi sebab utama untuk kita beribadat. Ta’abbud ialah mesej utama kita dalam berdakwah kepada manusia, bukannya hikmah di sebalik ibadat-ibadat harian. Tidak kisahlah sekiranya ibadat yang dilakukan secara zahirnya tidak bermanfaat, kita tetap wajib melaksanakannya. Sekiranya ia memudaratkan sekali pun, kita tetap wajib mendirikannya.
Kadangkala dalam percakapan, manusia mendahulukan sains daripada Allah. Walaupun dalam perbualan yang ringkas. Al-Quran selaras dengan sains atau sains selaras dengan al-Quran? Ramai orang yang ‘mempromosikan’ Islam pada waktu ini sibuk mengetengahkan bahawa ‘al-Quran selaras dengan sains’, seolah-olah sains yang menjadi kayu ukur dan fakta-fakta dalam al-Quran menepati sains maka al-Quran ialah kitab yang benar. Sepatutnya ‘sains yang selaras dengan al-Quran’ di mana al-Quran menjadi kayu ukur. Sekiranya terdapat percanggahan antara sains dengan al-Quran, maka al-Quran tetap benar dan sainslah yang salah. Mengapa? Kerana al-Quran datangnya daripada Allah, manakala sains pula berdasarkan pemerhatian manusia yang terhad.
Adalah amat ditakuti akan terbentuk dalam hati kita satu iktikad untuk beribadat kerana hikmah dan manfaat, bukan semata-mata untuk mematuhi titah perintah Allah SWT.Kita takut kalau-kalau kita menjadi umat yang bertuhankan sains dan kepentingan diri. Berwuduk kerana mahu segar. Solat kerana mahu cergas. Puasa kerana mahu sihat. Zakat kerana takut harta disita. Haji untuk mendapat gelaran. Segala hikmah dan manfaat yang datang dengan ibadat-ibadat yang diturunkan Allah ialah bonus dan ganjaran buat kita, bukannya matlamat asal kita beribadat. Asal ibadat ialah ta’abbud, iaitu menghambakan diri, tanpa melihat kepada hikmah dan rahsia.
Asal Adat ialah Hikmah & Rahsia
Manakala bagi perkara-perkara selain ibadat khusus pula, kita digalakkan untuk melaksanakannya berdasarkan kelebihan-kelebihannya, rahsia-rahsianya dan hikmah-hikmahnya. Contohnya berubat dengan perubatan alternatif atau perubatan konvensional, memakan makanan organik atau komersial. Di sini, selagi berada dalam batas syarak, kita diharuskan membuat pilihan, berdasarkan baik buruk sesuatu perkara. Misalnya, jika senaman ar-Ruh al-Jadid terbukti dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular maka, tafaddhal, tiada masalah untuk kita amalkan.
Akhir kata, saya mengajak diri saya dan kalian agar kita sama-sama mentashihkan ibadat kita; lakukannya semata-mata kerana ia arahan Allah, dan yakini bahawa di sebalik setiap arahan Allah itu ada hikmahnya, yang menjadi rahmat bukan asbab untuk kita beribadat. Moga-moga Allah meredai usaha para ulama’ dan usaha kita semua insya-Allah.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-90392791699078427222010-04-19T12:39:00.009+08:002010-05-19T01:59:27.362+08:00Tarbiah, Tarbiyah, atau Tarbiyyah?
Satu, Dua, atau Tiada ‘Y’?
Masalah Orang Kita
Orang kita amat gemar menjadikan sesuatu perkataan ‘berbunyi Arab’; tak tahulah saya mengapa. Berkat, atau barakah, dieja *baraqah. Begitu juga *qasih, *thoqwa, *fiqr, dan sebagainya. Huruf kaf digantikan dengan huruf qaf, huruf ta dengan huruf tho. Lebih kearaban, gitu. Orang kita tidak melihat bagaimanakah bunyi asal kalimah Arab yang kita gunakan, dan tidak memikirkan perubahan makna yang mungkin berlaku jika salah satu hurufnya diubah.
Tarbiah Memang Tarbiah
Kalimah ‘tarbiah’ berasal daripada kata dasar rabba yang bermaksud telah mendidik. Jika ditasrifkan, ia akan berbunyi: rabba—yurabbi—tarbiatan. Masdar untuk fiil rabba memang tarbiah. Ta berbaris atas. Ra berbaris mati. Ba berbaris bawah. Ya berbaris atas tanpa sabdu. Dan ta marbutah. Huruf ya dalam kalimah ‘tarbiah’ ialah ya yang asal, bukannya ya yang mendatang.
Kebanyakan kita keliru dengan isim nisbah, iaitu satu bentuk kalimah Arab yang menjadikan kalimah tersebut sebagai sifat. Contohnya, Islam → Islamiyyah (bersifat keislaman). Dunya → Dunyawiyyah (bersifat keduniaan/duniawi). Namun, tarbiah memang kalimah asal, dan isim nisbah untuk tarbiah ialah tarbiah → tarbawiyyah (bersifat mendidik).
Bukan Pak Turut DBP
Dengan menulis pos ini bukanlah saya mahu menunjukkan bahawa saya ini menurut sahaja apa-apa yang dikeluarkan oleh DBP. Banyak juga yang saya tidak bersetuju dengan DBP. Cuma, bahagian yang patut diikut demi menjaga kelestarian dan keindahan bahasa kita, kita ikut sajalah. Bahagian yang tak masuk akal, contohnya ejaan wallahuaklam (dan Allah jua yang lebih mengetahui), saya tidak bersetuju dan saya tidak mengikutinya. (Allah itu pen? Nauzubillah).
Walaupun demikian, dalam konteks ejaan tarbiah, kalimah asalnya dalam bahasa Arab menuntut kita mengeja tanpa y. Namun, saya secara peribadi masih menerima ejaan *tarbiyah (satu y) kerana ia masih disebut tanpa sabdu. Apabila dieja dengan dua y’, ia akan mengundang pembaca untuk mensabdukan huruf ya tersebut. Ramai orang sudah ditanya, dan kesemuanya menjawab bahawa *tarbiyyah tidak mempunyai maksud. Sesiapa yang mengetahui jika kalimah tersebut betul-betul wujud dan bermakna, dipersilakan meninggalkan komen. Maklum balas amat saya hargai.
Tuntasnya…
Bahasa Arab bahasa kita. Dalamilah ia. Memanglah kertas tidak koyak, mad’u tidak lari, dunia tidak berkecai jika kita mengeja tarbiah, *tarbiyah, atau *tarbiyyah. Cuma, dengan mengetahui huruf ya dalam sesuatu kalimah Islamiah itu bersabdu atau tidak, menunjukkan kita sekurang-kurangnya mengambil berat akan bahasa kita.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-43491542285500458942010-04-15T21:44:00.011+08:002010-05-20T02:40:38.732+08:00Hidup Kita Aset Penulisan
Kadang-kadang kita rasa sukar untuk menulis. Tiada idea. Ketandusan bahan. Mulalah kita mencari-cari alasan mengapa kita tidak menulis. Writer’s block, seperti yang biasa dialasankan oleh orang, termasuk saya. Namun, kita lupa bahawa kita memiliki bahan penulisan yang hanya kita seorang ada: sejarah hidup diri kita sendiri.
Sejarah hidup atau pengalaman merupakan aset yang paling berharga bagi seorang penulis. Sejarah kita merupakan kisah yang paling dekat dengan diri kita, dan juga satu-satunya bahan yang kita ketahui dengan lebih mendalam berbanding orang lain.
Keunikan Manusia
Lembaran-lembaran lama dalam sejarah hidup kita merupakan sesuatu yang sangat istimewa kerana kebitaraannya (keunikannya). Tiada dua orang insan yang berkongsi perjalanan hidup yang sama seratus peratus semenjak tangisan pertama sehingga detik nyawa berpisah daripada badan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa ada orang lain yang perjalanan hidupnya lebih kurang sama dengannya. Ya, secara kasarnya ramai orang, seperti pekerja pejabat dan lain-lain, yang melalui hari-hari rutin yang membuatkan hari-hari mereka seolah-olah fotokopi sesama mereka.
Namun, untuk menjadi seorang penulis yang baik, kita perlu meneliti secara terperinci; kita akan mendapati sebenarnya terdapat banyak perbezaan yang ketara antara setiap individu.Sebagai contoh, makanan pagi saya mungkin berbeza dengan anda. Mungkin butiran ini tampak tidak penting, tetapi dalam dunia penulisan, detail-lah yang memainkan peranan penting dalam menentukan baik buruk sesebuah karya.
Pengalaman menjadi karya yang berharga sekiranya kita mengolah pengalaman tersebut, bukan sekadar copy & paste saja. Kedalaman penceritaan dan gaya bahasa memainkan peranan penting.
Walaupun penulis meletakkan mesej dan tema sebagai perkara utama sebelum menulis, pembaca menilai gaya bahasa, diksi, dan keenakan jalan cerita mendahului wacana yang hendak disampaikan dalam penulisan. Mungkin hidup anda seorang anak kampung yang telah berusaha bersungguh-sungguh, berkorban masa dan tenaga untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, dan kini merupakan seorang pegawai bergaji besar di ibu negara. Cerita yang sudah klisé, mungkin. Namun, jika kena gayanya, cerita yang tampak membosankan boleh menjadi karya yang menarik. Daripada 25 tahun anda berjuang memajukan diri, cuba ambil satu hari yang anda rasakan menarik dan ceritakan kembali sedalam mungkin. Jangan hanya menulis secara ringkas seperti “pada pagi itu saya mandi kemudian bersiap ke sekolah.” Tulis dengan lebih terperinci:
Aku perlahan-lahan membuka mata. Cahaya mentari berlari-lari menerobos anak mataku yang sejak lapan jam lalu tertutup. Sudah pagi rupanya. Perlahan-lahan aku turun dari katil, mendahulukan kaki aku yang sedikit kebas, bergerak menuju ke bilik air. Bilik air itu masih bilik air yang sama seperti hari-hari yang sebelumnya, cuma entah mengapa pada hari itu bilik air itu kurasakan lain. Pencahayaankah atau suhukah, aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada sesuatu akan berlaku. Perlahan-lahan aku mencapai berus gigi, membubuh ubat gigi Safi berperisa sugi yang agak pahit di atasnya, lalu mula menggosok gigi. Bau hanyir menusuk hidung, berus gigiku bertukar merah. Gusiku berdarah. Aneh, tak pernah pun berdarah sebelum ni.
Lihat, sesuatu yang mudah seperti bangun pagi dan bersiap telah ditransformasikan menjadi sebuah prosa yang amat detailed. Masalah yang timbul apabila menulis daripada pengalaman sendiri ialah kita cuba menulis setepat yang mungkin. Melainkan jika penulisan yang anda tafsirkan ialah laporan, tiada salahnya kita menokok tambah sedikit sebanyak dalam penulisan yang bersumberkan pengalaman untuk menutup kelopongan-kelopongan fakta dan butiran dalam penulisan. Bahan-bahan untuk menutup kelopongan itu boleh juga diambil daripada kisah lain dalam sejarah hidup kita juga, atau pengalaman orang lain, atau rekaan minda seratus peratus.
Bukan Bulat-bulat
Setiap hari, pasti ada perkara yang berlaku dalam hidup kita. Menarik atau tidak bagi kita, ia bergantung kepada persepsi kita sendiri. Menarik atau tidak bagi pembaca bergantung kepada persepsi pembaca dan, seperti yang telah disebutkan, gaya persembahan. Seorang penulis yang baik mampu membuat cerita yang bosan menjadi menarik. Maka apabila berlaku sesuatu ke atas diri kita sama ada ianya memberi pengajaran, mengubah paradigma, atau membuat kita berfikir, adaptasikan pengalaman tersebut menjadi karya, mungkin pembaca kita juga akan tersentak, beranjak paradigma, atau berfikir tentang apa yang kita tulis. Seelok-eloknya kita mengadaptasi pengalaman menjadi penulisan, bukannya menulis pengalaman bulat-bulat. Pengalaman yang kita ada harus diolah dan disesuaikan lalu diselitkan pengajaran dan buah fikiran, barulah karya yang diinspirasikan daripada pengalaman tadi menjadi sesuatu yang bernilai untuk dibaca.
Memperkaya Hidup
Jika kita telah menyedari bahawa pengalaman sendiri adalah sangat berharga untuk penulisan, kita juga perlu menyedari bahawa sudah sampai masanya untuk kita memperkayakan kehidupan kita, meluaskan pemandangan, dan menghiasi sejarah hidup kita dengan perkara-perkara yang menarik dan memberi iktibar. Caranya? Banyakkan bermusafir, kerana dengan bermusafir pemandangan kita akan meluas, baik secara zahiri mahupun maknawi. Kita dapat banyak mengenal tempat dan banyak mengenal perangai manusia. Selain itu, kita perlu banyak bersahabat dengan ulama’, orang-orang alim, ustaz-ustaz, sahabat-sahabat yang baik—kerana daripada lisan mereka senantiasa terbit perkataan yang baik, dan daripada gerak geri mereka sentiasa terpamer akhlak yang mulia. Bergaullah dengan masyarakat dan perhatikan mereka, kerana di situ kita dapat melihat keragaman perwatakan manusia yang telah diciptakan Allah, moga-moga bermanfaat untuk kita adaptasikan dalam penulisan kita. Allah Taala berfirman:
Al-Quran, Surah al-Hujurat,
49 : 13
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal…”
Bentuk-bentuk Adaptasi
Penulisan berasaskan pengalaman ini boleh berbentuk fiksyen mahupun bukan fiksyen. Kita boleh memilih fiksyen andaikata kita mahu menyampaikan mesej tetapi tidak mahu mengaitkan perkara yang berlaku dalam penulisan tersebut dengan diri kita sebagai penulis. Penulisan fiksyen yang berasaskan pengalaman sendiri ada banyak, majoriti karya sulung merupakan bingkisan pengalaman sendiri. Contohnya ialah novel VT karya saudara Hilal Asyraf dan sebuah novel Islami baru yang bagus dan bermanfaat pada pandangan saya, Denyut Kasih Medik oleh Dr Farhan Hadi. Kelebihan fiksyen ialah ia lebih bebas untuk ditokok tambah dan diselitkan bahan daripada sumber lain, kerana pembaca sudah tahu bahawa di dalam fiksyen sudah pasti ada cerita rekaan.
Bingkisan pengalaman sendiri yang berbentuk bukan fiksyen juga sangat masyhur. Penulisan begini lebih dekat dengan realiti, kerana ia berlaku kepada diri penulis itu sendiri. Pembaca boleh bersikap empati dan mungkin tercetus dalam hatinya, “Oh, begini rupanya kehidupan orang, berbeza daripada kehidupan aku.” Penulisan pengalaman berbentuk bukan fiksyen boleh dibuat dalam bentuk penceritaan menggunakan dialog dan sebagainya, atau lebih berbentuk luahan, kisah di sebalik kisah, sebab musabab sesuatu peristiwa, dan yang sepertinya. Penulisan bingkisan pengalaman sangat popular dan berharga, terutamanya yang memberi banyak pengajaran. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi meletakkan membaca buku “pengalaman hidup orang lain yang memberi ibrah” di tempat kelima senarai prioriti bahan bacaan dalam tulisan beliau Kamu Adalah Apa Yang Kamu Baca yang diterbitkan dalam majalah Solusi #18. Contoh penulisan bentuk ala-ala travelog/jurnalisme begini yang masyhur ada banyak: Growing Up in Terengganu oleh Awang Goneng, As I Was Passing oleh Adibah Amin, Detik-detik Hidupku oleh Imam al-Syahid Hasan al-Banna, Hari-hari dalam Hidupku oleh Zainab al-Ghazali, Amrika Allati Ra’aytu oleh al-Syahid Sayyid Qutb.
Kalimah Akhirah
Apa-apa pun, hendaklah kita meluruskan niat kita untuk menulis semata-mata kerana Allah. Jika karya kita tidak mendekatkan diri pembaca dengan Allah, lebih baik kita tidak menulis. Hiasilah karya kita dengan pengajaran-pengajaran yang memberi petunjuk kepada pembaca akan selok-belok kehidupan. Jika sesuatu, yang baik atau yang buruk, berlaku pada diri kita, adaptasikanlah menjadi penulisan yang memberi ibrah, kerana Allah tidak menjadikan perjalanan hidup setiap manusia berbeza antara satu sama lain dengan sia-sia. Perbezaan kita ada hikmahnya. Perbezaan adalah untuk manusia saling berkongsi pengalaman; ingat memperingati antara satu sama lain akan tinggi rendah hidup di dunia – sehingga kita menjadi satu umat yang lengkap melengkapi, matang fikiran, dan jauh wawasan – hanya untuk menggapai keredaan-Nya di dunia dan di akhirat kelak.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-58557821503889166522010-04-13T00:02:00.021+08:002010-05-20T02:38:41.793+08:00Muslimkah Kita?
Islam, dengan 1.57 bilion penganut, menurut kajian pada tahun 2009, menjadi agama yang mempunyai jumlah penganut yang kedua terbesar dan kadar pertumbuhan yang terpantas. Ramai dan terus berkembang. Namun Rasulullah saw berpesan, “…bilangan kamu amat ramai tetapi kamu umpama buih di lautan.” Mengapakah umat kita ini boleh jadi begini? Kerana ramai daripada kita yang tidak tahu, apa ertinya dia menjadi seorang Muslim.
Apa Itu Islam
agenda musuh
Membataskan Islam kepada kedamaian duniawi merupakan perancangan jahat musuh- musuh Islam supaya umat Islam menjadi pasif dan defensif. Walhal, hanya dengan Islam (penyerahan diri kepada Allah) akan datangnya Salaam (kesejahteraan).
Ada yang berkata bahawa perkataan ‘Islam’ berasal daripada kalimah ‘salaam’ yang bermaksud sejahtera. Menurut mereka, Islam ialah agama kesejahteraan, tidak wujud istilah ‘peperangan’ dalam kamus Islam. Mereka yang berfahaman begini belum benar-benar menghayati apa ertinya mereka memeluk Islam, dan pandangan mereka masih lagi terikat dengan konsep-konsep cetusan idea manusia yang sempit lagi terbatas.
Kalimah ‘Islam’ berasal daripada kata ‘aslama’ yang bermaksud menyerahkan diri. To submit, dalam bahasa Inggerisnya. Islam bererti menundukkan diri secara sepenuhnya kepada Allah Azzawajalla, undang-undang & peraturan-Nya, serta sistem hidup yang lengkap yang diturunkan oleh-Nya. Dalam situasi di mana Allah menganjurkan kedamaian, maka seorang Muslim menganjurkan kedamaian. Jika dalam situasi tertentu di mana Allah mewajibkan peperangan, maka seorang Muslim memenggal kepala sang kafir semata-mata untuk mematuhi perintah Allah Taala.
Seorang manusia harus mengetahui apa ertinya dia menjadi manusia, barulah dia akan kekal menjadi manusia, serta tidak tergelincir menjadi binatang. Sebagai contoh, erti menjadi manusia ialah berpakaian, maka dia berpakaian, sedangkan binatang tidak berpakaian. Erti kemanusiaan ialah berakal fikiran, maka dia berfikir, sedangkan binatang tidak berfikir. Begitu juga kita yang menggelar diri kita sebagai Muslim, harus mengetahui apa ertinya kita menjadi Muslim supaya kita tidak tergelincir daripada batasan Islam lalu menjadi kafir. Nauzubillah.
Erti Menjadi Muslim
Menjadi seorang Muslim bererti kita menyerahkan diri kita kepada Allah Taala, layak seorang hamba menyerahkan diri kepada tuannya. Apa saja yang disuruh, dibuat; dan apa saja yang dilarang, dijauhi. Apa saja yang diturunkan Allah kita terima, dan selain itu kita tinggalkan. Malah ini sahajalah satu-satunya sebab mengapa kita wujud sebagai manusia pada hari ini di atas muka bumi ini, tiada sebab yang lain selain ini. Ayat ‘lima satu lima enam’ sepatutnya telah mendasar dalam jiwa kita dan mengalir melalui pembuluh darah kita serta tampak pada setiap gerak geri kita. Allah berfirman yang bermaksud:
Al-Quran, Surah al-Zariyat,
51 : 56
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
Dengan melabel diri kita sebagai Muslim, kita harus melepaskan segala ketaatan dan kepatuhan kepada selain Allah, sama ada ketaatan kepada adat dan norma masyarakat, ketaatan kepada famili, rakan sekerja, mahupun kepada pemimpin-pemimpin yang mendokong ideologi taghut. Menjadi Muslim ertinya melepaskan diri kita daripada memikirkan “apa orang kata” dan menjadikan “apa Allah kata” sebagai prioriti. Menjadi Muslim ertinya mengatur hidup mengikut kehendak Allah—tidur kita bukan kerana “kita nak” tetapi supaya badan kita mendapat kekuatan untuk membuat kerja-kerja Islam kerana “Allah nak”.
Erti menjadi Muslim ialah mengutamakan pendapat Allah berbanding pendapat sendiri, pendapat sains, dan pendapat Barat. Berhukum berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bukannya hawa nafsu. Yakin bahawa pencuri harus dihukum potong tangan kerana “arahan Allah” bukannya diberi kerja mengikut “logik fikiran”. Erti menjadi Muslim ialah, apabila kita melihat sebiji epal jatuh ke tanah, “izin Allah” terlintas dalam fikiran mendahului “graviti”.
Menjadi Muslim bererti duduk di dalam batas-batas Islam yang telah ditetapkan Allah, kerana keluar daripada batas-batas ini bererti keluar daripada Islam. Menjadi Muslim bererti kita menyerahkan diri secara total dan sempurna kepada Allah Taala—yang telah menciptakan saya dan kalian—melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang tanpa sebarang pertikaian mahupun persoalan atas sebab-sebabnya.
Pilihan Yang Diberi
Al-Quran, Surah al-Baqarah,
2 : 256
Menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya tidak boleh melalui paksaan. Allah berfirman dalam kitab-Nya, “Tiada paksaan dalam (menganut) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas perbezaan antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.” Namun, kita perlu menelusuri satu hakikat. Hakikat bahawa jahiliah sedang aktif menyerang jiwa kita. Jiwa kita diserang oleh agenda Zionis, diserang oleh liberalisme, demokratisme, materialisme, nasionalisme, sekularisme, dan banyak lagi –isme buatan manusia yang lain yang semuanya taghut belaka. Masyarakat yang kita hidup dalamnya sekarang ini ialah masyarakat yang diselubungi maksiat dan penderhakaan terhadap Allah Taala. Jiwa kita, wahai saudaraku sekalian, sedang cedera parah.
Seorang doktor tidak boleh memaksa pesakitnya yang pening kepala untuk menelan panadol. Dia hanya mampu memberinya panadol dan menasihatinya supaya mengambil ubat tersebut. Begitu juga jiwa kita. Jiwa kita sedang sakit tenat dan Islam adalah ubatnya. Dalam hidup kita sudah tentu pernah, walaupun sekali, ada pihak yang cuba menawarkan kita supaya mengambil ubat ‘Islam’ ini—sama ada ibu bapa kita, kawan-kawan di pejabat, ustaz-ustaz penceramah di televisyen, mahupun artikel ini. Namun, terpulang pada kita sama ada mahu menelan ubat yang pahit ini—meninggalkan kehidupan jahiliah kita yang penuh dengan kemewahan dan kebahagiaan palsu, dan menyerahkan diri hanya sanya kepada Allah—atau menzalimi diri kita dengan menjadi hamba dunia dan hawa nafsu sehingga mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan di dunia, apatah lagi di akhirat.
Wallahua’lam.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-72166668176615920032010-03-31T22:25:00.022+08:002010-05-20T02:35:09.646+08:00Peranan Pelajar dalam Islam
Biah solehah akan menjaga iman dan hati kita. Oleh itu, kita perlu berdoa kepada Allah Taala setiap hari agar Dia menetapkan kita dalam biah solehah supaya hati dan iman kita terjaga. Namun, apabila Allah mencampakkan kita ke dalam suasana yang tidak elok untuk menguji kita, janganlah kita ikut terpengaruh dengan suasana — jika tiada biah solehah, kitalah yang perlu mewujudkannya.
Cegahlah maksiat yang berlaku dengan tangan. Jika tidak mampu, dengan lisan. Jika tidak mampu, dengan hati — dan ini merupakan selemah-lemah iman. Namun, al-Syahid Sayyid Qutb berpesan agar kita tidak duduk lama-lama dalam tahap iman yang paling lemah ini, kerana jika kita tergelincir sedikit saja, kita akan jatuh dalam kekufuran.
Rasulullah saw ada bersabda yang maksudnya:
Au kama qal Rasulullah saw — hr al-Laith
“Sesungguhnya Allah membahagikan kita kepada beberapa peringkat akhlak sepertimana Dia membahagikan kita kepada beberapa peringkat rezeki. Allah memberikan dunia kepada orang yang dikasihi-Nya atau pun yang tidak dikasihi-Nya, sedangkan Allah memberikan iman hanya kepada orang yang dikasihi-Nya.”
Apa yang boleh kita ambil daripada hadis ini ialah, sekiranya kita masih lagi beriman kepada Allah Taala, maksudnya Allah masih sayang akan kita. Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah.
Rasulullah saw juga berpesan supaya pusaka yang ditinggalkan baginda, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kita gigit kedua-duanya dengan gigi geraham. Maksudnya, kita benar-benar berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya kita meninggalkan jalan dakwah ini, Allah tidak rugi walau sedikit. Jadi, keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah Allah. Adakah kita mahu melepaskan hadiah daripada Raja Sekalian Alam? Gigitlah ia dengan gigi gerahammu.
Kita, pelajar-pelajar yang menerima tarbiah, harus merasainya adanya mas’uliah yang tersandang di atas bahu kita semua untuk kita menjadi pelajar yang berperanan membangunkan semula Islam. Kita semua ini berperanan mengikut kemampuan kita masing-masing, sama ada besar atau kecil. Dalam kalangan pelajar-pelajar Islam, perlu ada firqah sahiratullail — kumpulan yang sanggup tak tidur malam memikirkan bagaimana hendak membangunkan Islam di ipt.
Barat telah menguasai cara berfikir mahupun tradisi masyarakat. Masyarakat yang dihadapi oleh Ummah di seluruh dunia sama saja — Ummah berlumba-lumba menyerahkan diri mereka pada sistem Barat. Kita harus mengubah keadaan ini dengan amal Islami yang terancang. Kita perlu merasai bahawa program-program seperti usrah yang kita adakan, turut diadakan oleh pelajar-pelajar seperti kita, yang membawa fikrah Islamiah yang benar ini, di serata dunia.
Untuk mengubah penguasaan Barat ke atas pendidikan, hanya ada dua cara:
Pemerintah menggubal polisi pendidikan mengikut acuan Islam;
Pelajar-pelajar sendiri yang perlu berperanan untuk bergerak dan melaksanakan taghyir.
Memandangkan kita berada di posisi pelajar, bukan pemerintah, tugas kita sekarang ialah menggerakkan taghyir (perubahan) di ipt. Pertama sekali, kita perlu menyedari bahawa kita adalah orang Islam yang dijemput hidup di atas muka bumi Allah dengan cara hidup ISLAM. Ramai orang Islam yang tidak hidup dengan cara hidup Islam, maka kita perlu merasakan diri kita ini dipilih dan dijemput oleh Allah Taala. Jika kita telah menyedari perkara ini, harus kita faham betul-betul akan prinsip-prinsip Islam yang berikut:
al-Aqidah al-Islamiyah (Tauhid);
Ma’rifah al-Rasul;
Beriman dengan hari akhirat.
Setelah kita memahami prinsip-prinsip ini, maka apabila berlaku di kampus nanti apa-apa yang bertentangan dengan ketiga-tiga prinsip ini, kita sebagai pelajar harus bangkit menentang dengan apa jua cara sekalipun — demi menjaga hidup mati Islam di ipt.
Peranan kita sekarang ialah takwin wa’y Islami: menyebarkan kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat (kampus dalam konteks pelajar). Dengan itu, kita dapat merobohkan sistem Jahiliah yang bermaharajalela. Sebagai contoh, jika masyarakat kampus kesemuanya telah faham akan Islam, jika pihak universiti mengadakan malam tari-menari, maka tiada siapa yang akan hadir. Lama-kelamaan, program tersebut akan mati dan suburlah program Islam tumbuh di atasnya.
Perlu diingat, perubahan harus bermula dengan menerapkan kefahaman ke dalam diri individu, bukan dengan mengubah sistem secara terus. Rasulullah mentarbiah para sahabat selama tiga belas tahun ketika sistem Jahiliah masih berleluasa. Apabila individu yang benar-benar memahami Islam sudah ramai dan mampu mendokong sistem Islam, ketika itulah sistem Islam dilaksanakan.
Akhir sekali, pesanan untuk kita semua, untuk menjaga diri kita pada waktu cuti yang panjang ini:
Sibukkan diri kita dengan majlis-majlis ilmu;
Jaga hati kita — cari program yang dapat mengingatkan kita tentang kematian;
Muhasabah diri kita setiap hari;
Selalu mengadakan liqa: pertemuan-pertemuan dengan sahabat-sahabat dan orang-orang soleh, halaqah, dan sebagainya. Apabila dipanggil menghadiri program, perlu ada sikap wasaari’uu — bersegera ke arah reda dan rahmat Allah Taala.
Wallahua’lam.
Ditulis semula oleh Mujtahid005 berdasarkan penyampaian Ustaz Adni dalam Halaqah Putra Ijtihad pada hari Ahad malam, 28 Februari 2010.
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-502571370220966290.post-37927358415374771792010-03-31T18:57:00.014+08:002010-05-05T07:10:02.228+08:00Refleksi Seorang Murabbi
Semua guru dan staf lain telah pulang. Muttaqi masih lagi duduk terpaku. Langsung dia tidak percaya apa yang berlaku di dalam kelas tadi.
“Cikgu, betul ke dulu cikgu suka pada Cikgu Anna?”
“Semua orang ada zaman Jahiliah. Illa ma qad salaf. Apabila seseorang itu mula mendapat fikrah Islam yang sebenar dan bertaubat, Allah maafkan dosa-dosa yang lalu. Cikgu tak mahu dengar lagi kamu sebut nama tu, faham?”
Anna. Ya. Pada masa itu mereka masih tidak tahu apa-apa. Tidak. Bukan tidak tahu, buat-buat tidak tahu. Mencari alasan, membuat justifikasi, memutarbelitkan kata-kata murabbi untuk membenarkan perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.
Tetapi itu kisah lama, sudah tujuh tahun berlalu. Apa-apa pun, Muttaqi dan Anna tetap merupakan pelajar sekolah Islam. Tahu hukum-hakam dan had-had Allah. Mungkin syaitan, nafsu, dan hormon menang pada waktu itu. Pintu yang diketuk berkali-kali lama-lama dibuka jua — tarbiah Islamiah mula terkesan di hati. Benteng iman dan fikrah sudah mulai utuh. Sekarang mereka sudah berbeza.
Namun, maksiat bagaikan anjing gila yang kelaparan. Makin kuat kita lari daripadanya, makin kuat ia mengejar kita. Kawan-kawan yang bermasalah masih lagi memasang-masangkan mereka. Terdengar lagi suara-suara sinis di dalam kelas. Selepas tamat persekolahan, ‘sahabat-sahabat’ masih lagi membangkitkan isu itu. Tak sudah-sudah.
Kini, setelah tamat pengajian dalam bidang Komunikasi di Universiti Teknologi Darulnaim, Muttaqi bekerja sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah lamanya, Sekolah Menengah Islam Klang (smik). Hari ini, anak muridnya pula yang membangkitkan kembali satu episod hidup yang telah lama dikuburkan.
Muttaqi mengeluh panjang. Astaghfirullah.
“Muttaqi, tak balik lagi?”
“Eh, Ustaz Fateh. Terkejut ana. Ingatkan ana seorang yang belum balik.”
“Ana dah balik dah, patah balik untuk ambil buku student, ingat nak menanda malam ni. Anta masih di sini buat apa?”
“Ana nak minta nasihat ustaz, boleh?”
“Ana rasa tertekan sangat sekarang ni ustaz. Down. Macam mana cerita ana yang dah bertahun lamanya anak murid ana boleh tahu?”
“Heh, jangan pandang rendah ‘internet’ perempuan. Tapi anta tak patut rasa tertekan. Biarlah manusia lain kata apa pun. Yang penting anta dah bertaubat. Cukuplah Allah tahu, kan?”
“Hmm. Ana memang dah memekakkan telinga bila kawan-kawan ana masih mengungkit lagi fasal ana. Tapi ni anak murid ana, ustaz. Ana sepatutnya jadi murabbi mereka, qudwah mereka. Sejarah silam ana yang buruk tu mereka dah tahu.”
“Murabbi bukan malaikat, akhi. Saidina Umar dahulu merupakan insan yang tidak beriman kepada Allah. Penyembah berhala. Setelah keislamannya, beliau menjadi insan yang disebut Nabi SAW, ‘jika ada lagi nabi sesudahku, nescaya ia ialah Umar.’ Anta tak pernah tak beriman. Anta tak pernah tanam anak hidup-hidup. Anta tak pernah sembah berhala kemudian makan berhala tersebut. Kekhilafan merupakan lumrah manusiawi; jika seseorang itu tak pernah melakukan kesilapan, dia tidak layak digelar manusia.”
“Mereka dah hilang thiqah pada ana…”
“Jadi, anta nak dapatkan thiqah baliklah? Anta kena ingat, akhi. Thiqah tu bukan kita yang punya. Allah yang mencampakkan kethiqahan ke dalam hati anak-anak murid anta dan Dialah yang layak menariknya kembali. Manusia akan thiqah pada kita jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Kalau anta betul-betul ikhlas dalam bertaubat, insya-Allah, keikhlasan anta akan terpancar daripada anta dan anak murid anta tidak akan ada masalah menerima ilmu dari anta.”
Muttaqi tertunduk. Dia menyerap segala-galanya yang diberikan oleh Ustaz Fateh, yang pernah mengajarnya sewaktu dia masih bersekolah dahulu. Kini mereka ‘rakan sekerja’.
“Muttaqi, ana nak balik ni. Zaujah ana marah balik lewat-lewat. Oh ya, sebenarnya, kes anta ni sama aja macam ana masa ana zaman macam anta dulu. Orang lain akan terus mengenakan kita. Tau tak bila gosip-gosip dan cakap-cakap manusia ni akan berhenti?”
“Bila ustaz?”
“Bila anta dah walimah nanti. Jadi kalau anta nak cepat selesai masalah ni, cepat-cepatlah walimah. Anta dah 24. Boleh sangat dah tu. He he. Ilal liqa’, assalamualaikum.”
Muttaqi tersenyum sendirian sambil memandang ustaznya meninggalkan bilik guru. Bekerja di institusi yang mengamalkan tarbiah memang menarik. Memang benarlah kata-kata yang biasa didengarinya: menjadi murabbi itu juga sebahagian daripada proses tarbiah!
Mujtahid005http://www.blogger.com/profile/16006539517548357326noreply@blogger.com2