10 Februari 2010

Sajak: Tangisan Da’i

Aku melihat Jumat menangis,
aku tahu bahawa seorang da’i
bukan menangis kerana dia kepayahan
menghadapi masalah atau penderitaan.
Seorang da’i tidak akan menangis
disebabkan cabaran sekecil itu,
yang bertaburan di atas jalan dakwah
yang sememangnya penuh onak dan duri ini.

Tetapi aku tahu dia menangis
kerana dia merasa gentar…
andaikata dakwahnya tidak dapat
menyentuh hati-hati yang dipeluknya…
dia tidak mampu menyelamatkan
insan-insan di tepi jurang neraka…

Aku faham perasaannya,
tatkala jantungku bertemu jantungnya,
degup kami seiring.

Ahmad Ilman,
Dewan Utama KTD,
4 Januari 2010.

5 ulasan:

  1. MasyaAllah...benar2 menyentuh hati

    BalasPadam
  2. yup, bnr2 menyentuh..
    mg terus tsabat!~

    BalasPadam
  3. ada program di RNI smpg renggam semlm, berkongsi pengalaman saudara Jumat KTD utk dakwah mencari ahli2 baru ktd...sgt tersentuh.. hari ni tetiba dpt pautan ke sini..MasyaAllah, bukan pjg / lmnya dlm dnt utk memahami fikrah ini...

    BalasPadam
  4. @semua, jazakumullah. Ini yg dikatakan sajak on the spot. Akhi Jumat yang sedang tersedu-sedu menangis membawa jiwa ana ke satu tempat yang lain.
    @fatimah_adi, naam, masa bukanlah kayu ukur fikrah seseorang...

    BalasPadam
  5. sangat terkesan dengan tazkirah bro jumat di KTD hari tu.walaupun pendek, tapi menusuk.

    BalasPadam