Disunting daripada tulisan Ahmad Hashimi dalam Fikruttaqwa 2009. Artikel asal.
Zaman moden kini, seribu satu maklumat berada di hujung jari. Pendapat, pandangan dan ideologi mengalir deras dalam arus teknologi maklumat sekarang, tidak kira baik atau buruk. Semua ini membawa kepada satu kesan, iaitu penyatuan cara hidup tanpa mengira bangsa dan sempadan; dan cara hidup yang baru ini melunturkan semua identiti bangsa dan menggantikannya dengan cara hidup yang baru. Cara hidup yang baru ini juga merupakan simbol pemodenan – dan sumber atau rujukan cara hidup ini berasal kebanyakannya dari Barat atau Eropah.




