Biah solehah akan menjaga iman dan hati kita. Oleh itu, kita perlu berdoa kepada Allah Taala setiap hari agar Dia menetapkan kita dalam biah solehah supaya hati dan iman kita terjaga. Namun, apabila Allah mencampakkan kita ke dalam suasana yang tidak elok untuk menguji kita, janganlah kita ikut terpengaruh dengan suasana jika tiada biah solehah, kitalah yang perlu mewujudkannya.
Cegahlah maksiat yang berlaku dengan tangan. Jika tidak mampu, dengan lisan. Jika tidak mampu, dengan hati dan ini merupakan selemah-lemah iman. Namun, al-Syahid Sayyid Qutb berpesan agar kita tidak duduk lama-lama dalam tahap iman yang paling lemah ini, kerana jika kita tergelincir sedikit saja, kita akan jatuh dalam kekufuran.
Rasulullah saw ada bersabda yang maksudnya:
Au kama qal Rasulullah saw hr al-Laith
Sesungguhnya Allah membahagikan kita kepada beberapa peringkat akhlak sepertimana Dia membahagikan kita kepada beberapa peringkat rezeki. Allah memberikan dunia kepada orang yang dikasihi-Nya atau pun yang tidak dikasihi-Nya, sedangkan Allah memberikan iman hanya kepada orang yang dikasihi-Nya.
Apa yang boleh kita ambil daripada hadis ini ialah, sekiranya kita masih lagi beriman kepada Allah Taala, maksudnya Allah masih sayang akan kita. Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah.
Rasulullah saw juga berpesan supaya pusaka yang ditinggalkan baginda, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kita gigit kedua-duanya dengan gigi geraham. Maksudnya, kita benar-benar berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya kita meninggalkan jalan dakwah ini, Allah tidak rugi walau sedikit. Jadi, keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah Allah. Adakah kita mahu melepaskan hadiah daripada Raja Sekalian Alam? Gigitlah ia dengan gigi gerahammu.
Kita, pelajar-pelajar yang menerima tarbiah, harus merasainya adanya mas’uliah yang tersandang di atas bahu kita semua untuk kita menjadi pelajar yang berperanan membangunkan semula Islam. Kita semua ini berperanan mengikut kemampuan kita masing-masing, sama ada besar atau kecil. Dalam kalangan pelajar-pelajar Islam, perlu ada firqah sahiratullail — kumpulan yang sanggup tak tidur malam memikirkan bagaimana hendak membangunkan Islam di ipt.
Barat telah menguasai cara berfikir mahupun tradisi masyarakat. Masyarakat yang dihadapi oleh Ummah di seluruh dunia sama saja — Ummah berlumba-lumba menyerahkan diri mereka pada sistem Barat. Kita harus mengubah keadaan ini dengan amal Islami yang terancang. Kita perlu merasai bahawa program-program seperti usrah yang kita adakan, turut diadakan oleh pelajar-pelajar seperti kita, yang membawa fikrah Islamiah yang benar ini, di serata dunia.
Untuk mengubah penguasaan Barat ke atas pendidikan, hanya ada dua cara:
- Pemerintah menggubal polisi pendidikan mengikut acuan Islam;
- Pelajar-pelajar sendiri yang perlu berperanan untuk bergerak dan melaksanakan taghyir.
Memandangkan kita berada di posisi pelajar, bukan pemerintah, tugas kita sekarang ialah menggerakkan taghyir (perubahan) di ipt. Pertama sekali, kita perlu menyedari bahawa kita adalah orang Islam yang dijemput hidup di atas muka bumi Allah dengan cara hidup ISLAM. Ramai orang Islam yang tidak hidup dengan cara hidup Islam, maka kita perlu merasakan diri kita ini dipilih dan dijemput oleh Allah Taala. Jika kita telah menyedari perkara ini, harus kita faham betul-betul akan prinsip-prinsip Islam yang berikut:
- al-Aqidah al-Islamiyah (Tauhid);
- Ma’rifah al-Rasul;
- Beriman dengan hari akhirat.
Setelah kita memahami prinsip-prinsip ini, maka apabila berlaku di kampus nanti apa-apa yang bertentangan dengan ketiga-tiga prinsip ini, kita sebagai pelajar harus bangkit menentang dengan apa jua cara sekalipun — demi menjaga hidup mati Islam di ipt.
Peranan kita sekarang ialah takwin wa’y Islami: menyebarkan kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat (kampus dalam konteks pelajar). Dengan itu, kita dapat merobohkan sistem Jahiliah yang bermaharajalela. Sebagai contoh, jika masyarakat kampus kesemuanya telah faham akan Islam, jika pihak universiti mengadakan malam tari-menari, maka tiada siapa yang akan hadir. Lama-kelamaan, program tersebut akan mati dan suburlah program Islam tumbuh di atasnya.
Perlu diingat, perubahan harus bermula dengan menerapkan kefahaman ke dalam diri individu, bukan dengan mengubah sistem secara terus. Rasulullah mentarbiah para sahabat selama tiga belas tahun ketika sistem Jahiliah masih berleluasa. Apabila individu yang benar-benar memahami Islam sudah ramai dan mampu mendokong sistem Islam, ketika itulah sistem Islam dilaksanakan.
Akhir sekali, pesanan untuk kita semua, untuk menjaga diri kita pada waktu cuti yang panjang ini:
- Sibukkan diri kita dengan majlis-majlis ilmu;
- Jaga hati kita — cari program yang dapat mengingatkan kita tentang kematian;
- Muhasabah diri kita setiap hari;
- Selalu mengadakan liqa: pertemuan-pertemuan dengan sahabat-sahabat dan orang-orang soleh, halaqah, dan sebagainya. Apabila dipanggil menghadiri program, perlu ada sikap wasaari’uu — bersegera ke arah reda dan rahmat Allah Taala.
Wallahua’lam.
Ditulis semula oleh Mujtahid005 berdasarkan penyampaian Ustaz Adni dalam Halaqah Putra Ijtihad pada hari Ahad malam, 28 Februari 2010.
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
BalasPadam