13 Mei 2010

Jiwa Yang Menempah Syahid [Video]

Al-Syahid Abdul Aziz al-Rantissi,
Palestin, 2004

It’s death, whether by killing or by cancer. It’s the same thing. We are all waiting for the last day of our lives. Nothing will be changed, if it’s by Apache or by cardiac arrest. I … prefer to be [killed] by Apache.

Kematian [tetap kematian] sama ada sebab dibunuh atau kanser. Sama sahaja. Kita semua sedang menunggu hari terakhir hidup kita. Tiada perbezaan sekiranya [kematian kita] disebabkan oleh Apache atau serangan jantung. Saya … lebih suka [dibunuh] oleh Apache.

Inilah jiwa yang cintakan syahid. Perkara yang paling teruk yang boleh melanda nyawa manusia ialah kematian. Dan al-Syahid al-Rantissi tidak takut akan kematian. Lalu bagaimanakah tentera Zionis hendak mengalahkan manusia-manusia seperti al-Rantissi ini? Mereka bukan sahaja tidak takut akan kematian, malah mereka mencintai kematian, kerana mati di jalan Allah itu membolehkan mereka menemui-Nya. Dan akhirnya, pada 17 April 2004, al-Rantissi syahid diserang oleh helikopter Apache Zionis.

Yahudi Zionis tidak mampu mengalahkan umat Islam secara ketenteraan, tidak selagi mana slogan “Hidup Mulia Mati Syahid” tersemat dalam hati setiap mujahidin Islam. Maka mereka merancang untuk mengalahkan umat Islam melalui ghazw al-fikr, iaitu serangan pemikiran. Mereka memanipulasi media untuk melemahkan minda pemuda-pemuda yang menjadi tunjang kebangkitan Islam. Mereka menjauhkan kita daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Yahudi menggunakan pelbagai cara untuk melemahkan remaja-remaja Islam supaya Islam tidak melahirkan pewaris yang akan menegakkan kebenaran di atas muka bumi ini.

Banyak remaja di negara kita telah tewas oleh serangan-serangan ini. Tetapi adakah sinar harapan sebenarnya telah sirna? Jiwa-jiwa yang tewas ini perlu dibangkitkan kembali oleh kita, para da’i, dengan membawa mereka melalui satu proses, proses yang sama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mengeluarkan manusia daripada jahiliah kepada Islam.

Proses apakah itu?

Tarbiah Islamiah Kamilah Syamilah.

Surah al-Ahzab,
33 : 23

Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang telah menepati apa yang dijanjikan mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur (mati), dan ada yang menunggu-nunggu, dan mereka tiada sedikit pun mengubah janji mereka itu.

Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan