25 Oktober 2010

Sajak: Tulus

Bila sistem menjerat
Hilangkah sudah budi di dunia?

Perjuangan kita
temeh, ditepis
Perjuangan siswa
demi ketulusan

… Tulus …
yang sukar diterjemah

Namun mampu difahami
—dan dirasai
—dan dihayati
—dan menggetar hati

Ketika dia menyampaikan
“ilmu Fizik yang Allah kurniakan”
sanggup dia berlagak hina
“kerana kamu semua.”

Aku pernah merasai
dan kini sekali lagi
—erti ikhlas dalam cinta
—erti hidup untuk mencintai

Gembira pabila si-dia gembira
Marah pabila si-dia marah
Sedih pabila si-dia sedih

Bukankah lebih tinggi
jika manusia mengerti
qasad hidup ini
adalah mencintai
Yang Maha Suci.

Ahmad Ilman
20.10.2010
Camellia Court

Tiada ulasan:

Catat Ulasan