Artikel berikut merupakan terjemahan ringkas sebahagian petikan khutbah Dr Yusuf al-Qaradawi tentang pembacaan (penilaian) realiti umat. Bahasa Arab bukan pengkhususan saya, mohon perbetul mana yang silap.
Seorang Muslim harus bersikap adil dan saksama sekalipun terhadap musuhnya. Dia mengiktiraf realiti musuhnya baik kelebihan mahupun kekurangan mereka. Dia tidak cuba memperbesar keburukan musuh dan tidak pula memperleceh kebaikan mereka. Sebahagian manusia melihat keaiban menggunakan mikroskop, sehinggakan kacang dilihat seperti kubah, manakala kucing dilihat seperti unta. Jangan begitu; lihatlah sesuatu as it is. Usah memperbesar keaiban dan jangan melupakan kelebihan dan kebaikan. Ini merupakan salah satu aspek keadilan dalam pembacaan dan penilaian. Pembacaan atau penilaian yang sahih dan benar harus dijauhkan daripada dua perkara: membesar-besarkan (tahwil) atau meringan-ringankan (tahwin).
Sering terjadi apabila kita membaca dan menilai waqi’ (realiti/keadaan), kita memberat-beratkan atau memperbesar satu-satu aspek sepertimana yang kita perhatikan apabila sesetengah orang apabila bercakap tentang Israel; seolah-olah Israel itu tuhan di atas muka bumi ini. Seolah-olah kita ini hanya bidak di atas papan catur. Seolah-olah dunia ini mainan Israel. Seolah-olah setiap benda yang berlaku merupakan kerja Yahudi dan Israel. Hatta kejadian yang berlaku baru-baru ini (9/11), sesetengah orang berkata bahawa Israellah yang melakukannya; seolah-olah tiada siapa lagi yang mampu melakukan sesuatu yang penuh teliti, terancang dan terperinci melainkan Mossad*. Seolah-olah kita menganggap manusia-manusia itu (Israel) sebagai tuhan. Ini merupakan jenis daripada sikap memberat-beratkan dan membesar-besarkan sesuatu. Seolah-olah kita ini sangat hina; seolah-olah kita tidak mampu melakukan sesuatu dengan penuh teliti, bijaksana dan tersusun.
Maka aku katakan bahawa sikap memberat-beratkan merupakan satu masalah yang sangat bahaya, sama ada kamu membesar-besarkan musuh dan memandang rendah diri kamu sendiri atau sebaliknya yang banyak berlaku ialah sebaliknya: kita merendah-rendahkan musuh. Acap kali kita dengar orang berkata; musuh ini ialah segolongan manusia yang perlu kita beri pengajaran cukup-cukup, dicampak ke dalam laut dan sebagainya; akhirnya apabila tiba masa bertemu dengan musuh, cakap-cakapan tadi tidak berlaku pun. Maka sikap meringan-ringankan juga sama dibenci seperti memberat-beratkan. Kita mahu mengetahui sesuatu isu as it is, supaya kita mampu melihat masa depan kita dan merancang apa yang patut kita buat selepas itu.
Al-Quran dalam menceritakan mengenai peperangan Uhud peperangan yang terkenal dengan kemenangan kaum Muslimin pada awalnya, kemudian tewasnya mereka selepas itu disebabkan ketidakpatuhan pada arahan Rasulullah SAW ketika mereka melihat ghanimah (harta rampasan perang) dan berlakulah apa yang telah berlaku al-Quran berkata:
Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya, sehinggalah hati (semangat) kamu menjadi lemah dan berbantahan (sesama sendiri) dalam urusan (perang Uhud) itu dan kamu derhakai (perintah Rasul) sesudah Dia (Allah) perlihatkan kepada kamu apa yang kamu gemari (harta rampasan). Ada antara kamu yang mahukan dunia, dan ada yang mahukan akhirat. Kemudian Dia memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman. (Ali Imran : 152)
Maka berkata Ibn Mas’ud: “Aku tidak tahu bahawa dalam kalangan kita ada yang mahukan dunia, sehinggalah turun ayat ini.”
[Ada antara kamu yang mahukan dunia] hatta dalam kalangan sahabat pun ada yang mahukan dunia; mereka melihat ghanimah dan menuju ke arahnya; mereka menimpakan ke atas kaum Muslimin apa yang telah tertimpa, [kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman.]
Kerana ini hanya kesilapan yang tidak disangka-sangka, bukannya kesalahan yang sabit dalam kehidupan mereka, Allah berkata: [Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu.]
Sesungguhnya orang di kalangan kamu yang berpaling pada hari pertempuran dua angkatan (perang Uhud) itu, tidak lain (melainkan) mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan amal (kesalahan) yang mereka telah lakukan (sebelum ke medan perang), tetapi Allah telah memaafkan kamu. (Ali Imran : 155)
Antara mereka ialah Abdullah ibn Abbas dan sahabat-sahabat yang besar, [sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Halim (Maha Penyantun).]
Allah menerangkan peristiwa tersebut di atas hakikatnya:
Dan mengapa ketika kamu dikenakan musibah (kalah dalam peperangan), padahal kamu telah mengenakan musibah (kemenangan ke atas musuh kamu) dua kali, kamu berkata: “Mengapa jadi begini?” Katakanlah: “Ianya daripada diri kamu sendiri.” (Ali Imran : 165)
Dari mana datangnya (kekalahan) ini? Katakanlah “Ianya daripada diri kamu sendiri.”
___________
*Nota penterjemah: Mungkin pada waktu Dr Yusuf menyampaikan khutbah ini belum dijumpai bukti bahawa kejadian 9/11 merupakan perbuatan Yahudi. Ada yang mengatakan bahawa tiada Yahudi langsung di dalam menara berkembar WTC pada hari kejadian wallahua’lam. But the fact remains: we are too much Israel-phobic.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan