Moga Allah melaknat Zionis! Tindakan mereka sangat melampau. Tanggal 31 Mei yang lalu, mereka menyerang konvoi kemanusiaan ke Gaza tanpa alasan, tanpa peri kemanusiaan, menyebabkan 20 orang syahid dan lebih 50 orang cedera. Sehari selepas itu, mereka menyerang Gaza sendiri dan menyebabkan lima lagi syahid. Dua belas orang wakil konvoi dari Malaysia ditawan di penjara. Sepanyol dan banyak negara lain menarik kedutaan mereka keluar daripada Israel. Dunia telah membuka mata. Maka apakah pula tindakan KITA, dalam kesibukan hidup di sekolah/IPT?
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, dalam kesibukan kita menimba ilmu Allah di IPT, berikut merupakan apa yang boleh kita, sebagai pelajar, menyumbang kepada perjuangan membebaskan al-Aqsa:
1. Bersihkan diri daripada sifat-sifat Yahudi
Tazkirah Jumaat di Masjid Putra Nilai mengingatkan jemaah supaya menanamkan dalam hati rasa benci yang terhadap Zionis la’natullah. Pentazkirah itu menambah lagi, supaya jemaah membersihkan jua hati dan diri daripada sifat-sifat Yahudi, antaranya bersemangat assabiah, belot, memungkiri janji, hipokrit, dan sebagainya. Amat rugilah kita sekiranya kita bersemangat mengibarkan bendera-bendera anti-Zionisme sedangkan kita masih berperangai dengan perangai Yahudi. Oleh sebab itu, Allah mengajar kita dengan mewajibkan kita, sekurang-kurangnya 17 kali sehari, berdoa kepada-Nya supaya dijauhkan daripada mengikuti jejak langkah Yahudi (al-maghdub ‘alaihim). Amin.
2. Perbanyakkan doa dan solat hajat
Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu. — Akhi Noorazman, Ketua Konvoi Malaysia ke Gaza.
Inilah yang paling kurang yang kita boleh buat. Susah sangatkah berdoa, walau dalam bahasa Melayu, untuk saudara-saudara kita di Gaza, dan saudara-saudara kita yang berjuang membebaskannya? Susah sangatkah bangkit menunaikan solat hajat dua rakaat sebelum tidur moga-moga Allah memberikan perlindungan dan rahmat-Nya kepada mereka?
3. Boikot barangan Israel
Sebagai pelajar, diakui bahawa kita mempunyai sumber kewangan yang agak terhad. Namun, lebihan seringgit dua daripada perbelanjaan harian kita itu lebih afdal kita sumbangkan demi Islam, daripada disimpan untuk membeli keluaran game yang terbaru. Ingatlah, Mukmin yang rajin memberi itu tak akan miskin. Jika kita benar-benar tidak mampu untuk mengeluarkan wang demi membantu rakyat Gaza, janganlah pula mengeluarkan wang untuk membunuh rakyat Gaza. Boikot barangan mereka. Lumpuhkan ekonomi mereka. Sanggupkah kita membunuh saudara kita semata-mata kerana Maggi dan Milo panas peneman studi di tengah malam? Kafe hanya selangkah dua, harga makanan pun murah, tetapi masih ada yang rela menghabiskan duit menaiki teksi untuk makan tengah hari di KFC. Artikel menarik: Boycott Israel – How to Make People Around You Do The Same.
4. Sebarkan kesedaran dan info tentang Palestin
Ramai lagi yang masih tak tahu tentang penderitaan saudara-saudara kita di Palestin. Mereka mungkin tahu, tetapi sekadar di permukaan sahaja. Tidak sehingga mereka dapat menghayati betapa seksanya saudara-saudara seakidah kita di sana. Ataupun mereka mungkin masih tertipu dek permainan Israel yang mengatakan Dome of Rock itu ialah Masjid al-Aqsa. Dalam sembang-sembang semasa rehat, menaiki bas, dan sebagainya, Gaza lebih aula daripada Piala Dunia. Paling tidak pun, selitkanlah juga cerita tentang Gaza dalam perbualan tentang Piala Dunia. Objek sfera yang menjadi perhatian dunia sekarang ialah bola Adidas Jabulani yang mahal, sedangkan ‘bola’ yang banyak dilihat oleh remaja-remaja Palestin ialah kepala-kepala ibu dan ayah mereka sendiri. Dan remaja Malaysia larut dalam kefanatikan sukan bola sepak, satu lagi perancangan mega Yahudi la’natullah.
5. Belajar kerana Allah
Kita sebagai pelajar, tidak dituntut untuk berhenti belajar sekarang dan pergi ke Palestin mengangkat senjata. Kita merupakan golongan yang sedang ‘nafar dalam perjuangan’. Golongan yang dikecualikan daripada perang silahi (bersenjata) untuk mendalami ilmu Allah dan berjihad di medan ilmu. Untuk itu, kita perlu sematkan dalam hati kita bahawa duduknya kita di medan ilmu ini adalah untuk mendalami ilmu sedalam-dalamnya supaya dengan itu lebih ramai ilmuwan Islam yang disegani oleh masyarakat dunia dilahirkan – semuanya adalah supaya dunia mengiktiraf bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Firman Allah SWT:
Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang, oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) — Surah al-Taubah, ayat 122.
Kita perlu yakin bahawa duduknya kita di Malaysia untuk menuntut ilmu kerana Allah merupakan salah satu tanggungjawab dan jihad kita dalam membebaskan al-Aqsa. Untuk itu, tidak boleh tidak, kita perlu menanamkan niat untuk berjihad di Palestin dalam hati kita apabila Allah mengizinkan. Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa mati sementara dia belum pernah berperang atau meniatkan diri untuk berperang, maka dia mati di atas satu cabang dari kemunafikan. — HR Muslim
Oleh sebab itulah kita berdoa kepada Allah dalam Doa Rabitah supaya Allah matikan kita dalam keadaan syahid di jalan-Nya. Bait terakhir lagu ‘Palestina Tercinta’ dendangan kumpulan Shoutul Harokah amat patut kita hayati:
Ya Rabbi, izinkanlah kami berjihad di Palestina-Mu,
Ya Allah, masukkanlah kami tercatat sebagai syuhada-Mu.
Dan ingatlah, para syuhada di Gaza bukanlah orang-orang yang mengabaikan ilmu. Al-Syahid Abdul Aziz al-Rantissi merupakan seorang pakar pediatrik, al-Syahid Nizar Rayan pula merupakan seorang pemegang PhD. Ini merupakan dua contoh daripada ratusan pemegang PhD di Gaza. Kita berjihad di medan ilmu, dan berniat dan berdoa kepada Allah moga-moga Dia mengizinkan kita berjihad di medan peperangan sebenar.
Kita belajar dalam rangka untuk memperkasakan diri kita dalam dakwah & tarbiah. Dakwah dan tarbiah ialah ‘peperangan nafas panjang’ kita di tanah air. Kecemerlangan dakwah dan tarbiah di Malaysia harus bergerak seiring dengan pembebasan al-Aqsa. Inilah misi kita. Inilah jalan kita. Moga Allah mengekalkan saya, anda, dan kita semua di atas jalan dakwah ini.
Wallahua’lam.
Salamualaikum, ana baru sedar, ana tak pernah berkongsi tentang isu Palestin bersama sahabat-sahabat. Terima kasih akhi, harap-harap Allah melimpahkan rahmatnya nanti. InsyaAllah.
BalasPadamAda tertulis "The Real Heroes"lah kat situ
BalasPadamBanyak jalannya insyaAllah kita sebagai pelajar untuk berjihad membebaskan al-Aqsa. Moga Allah menerima amal kita semua.
BalasPadamAkhi Muslimultimedia, yes, they really are the real heroes. Mission is accomplished, nonetheless. The world has opened their eyes.
pohon kebenaran paparkan dilaman http://muslimkualiti.blogspot.com ...
BalasPadam