Assalamualaikum WBT.
Nampaknya, blog ini telah lama tidak saya kemas kini. Antara faktor utama ialah peperiksaan SPM yang bermula 18 November lalu. Dan akan tamat tiga minggu lagi; maka saya mungkin tidak akan mengemas kini blog ini sepanjang tempoh tersebut. Blog ini akan berada dalam hiatus.
Satu perkara lagi, saya mungkin, dengan izin Allah, akan mengubah blog ini secara drastik: baik dari segi penampilan, kandungan, mahupun prinsip dan objektif. Saya telah melakukan operasi ini ke atas Vibes, dan insyaAllah ke atas Markaz juga. Meskipun blog ini telah dengan jayanya berkhidmat sebagai pusat fikiran sukmaku, saya ingin mengkhususkan lagi perjalanan laman ini.
Saya bercadang ingin menjadikan blog ini berkisar tentang Islam, bahasa, sastera, pendidikan, dan penerbitan. Perbincangan politik dan isu semasa akan dihadkan kepada yang berkaitan dengan lima topik yang disebutkan sahaja. Memandangkan bahasa, sastera, pendidikan, dan penerbitan merupakan antara wasilah penting dalam menyampaikan pemikiran Islam, pada pandangan saya, tidak menjadi kesalahan jika saya tidak mengubah nama blog ini, Markazul Fikr, yang bermaksud pusat pemikiran.
Ada satu idea yang bermain-main dalam fikiran yang menyebabkan saya bercadang untuk melakukan reformasi ke atas blog ini. Saya ingin membantu Kelab Penerbitan SMIK menjadi sebuah kelab yang memang mantap dalam penerbitan, khususnya bahan-bahan Islam. Saya mungkin ada beberapa bulan yang boleh diisi dengan perkara berfaedah setelah tamat kursus Jatirela pada 14 Februari nanti; masa sebanyak itu boleh digunakan untuk melatih editor-editor yang profesional dalam kalangan pelajar. Kita memang kekurangan editor.
Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati kiranya sahabat sahibah yang saya kasihi, khususnya daripada Tingkatan Lima Ijtihad yang berminat akan bidang penerbitan dan jurnalisme, dapat membantu merealisasikan idea ini. Saya tak mahu adik-adik saya menderita apabila tiba masanya lagi untuk menerbitkan majalah tritahunan kebanggaan SMIK, At-Taqwa.
Hubungan antara idea saya tadi dengan reformasi blog ini ialah saya berharap blog ini dapat menjadi rujukan sidang redaksi SMIK khususnya, dan mereka yang terlibat dalam jurnalisme Melayu umumnya. Rujukan jurnalisme dalam bahasa Melayu memang kurang; ini inisiatif saya untuk mengayakan penerbitan nusantara.
Kepada para pembaca, doakan kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang sedang berlangsung sekarang ini. Doakan jua kursus Jatirela dapat berjalan dengan lancar dan idea saya dapat direalisasikan!
Doa kalian sentiasa saya hargai; moga Allah membalas jasa baik kalian!
Wallahualam.
ana menyokong 100%!!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam@Ust. Shah:
BalasPadamJazakallah, Ustaz!
@Mukufutaru:
Jazakallah, Mucchan. Hehe, antalah orang kuat Penerbitan tahun depan, insyaAllah, kan? Ana fikir nak hidupkan KP tahun depan; rasa menyesal pula tak terhidupkan tahun ni. Tahun depan dah tak jadi KUP, insyaAllah lapang sikit.
Ana setuju dengan anta. Kita perlu membuka minda adik-adik kita tentang betapa penting dan seronoknya menerbitkan sesuatu. Ana berharap sangat dapat bekerja dengan anta tahun depan. :)
Syukran atas doanya, moga Allah reda~