Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan ana untuk menulis lagi. Dalam tempoh lebih sebulan, ana disibukkan dengan urusan-urusan pelajar seperti pengendalian Umana; perancangan program Quantum Learning bagi pelajar Tingkatan Lima; sesi fotografi kelas, kelab, persatuan dan guru bagi majalah tritahunan SMIK (At-Taqwa); dan sebagainya. Selawat dan salam kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat baginda dan sekalian yang mengikuti mereka mendukung bebanan dakwah yang berat ini sehingga, akhirnya, melalui wasilah ini, kita diberi peluang oleh Allah Taala untuk mengecapi dua nikmat terbesar yakni nikmat iman dan Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar:
Ketahuilah bahawa setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinanmu … (hingga akhir hadis)
muttafaqun alaih
satu hadis yang sentiasa membuat ana terkedu dan bermuhasabah diri apabila mendengarnya.
Ada pihak memberitahu ana bahawa saf kepimpinan SMIK (UMANA) tahun ini merupakan yang paling teruk. Apabila terkenang akan apa yang disebut ini, ana boleh menitiskan air mata. Apa yang ana dah buat sehingga barisan kepimpinan tahun ini merupakan yang paling teruk? Apa yang harus ana jawab di hadapan Allah apabila dipersoalkan di akhirat kelak?
Ana mengaku ana terkhilaf. Tersilapsalah membuat keputusan dalam enam bulan yang pertama ana sebagai Presiden Umana. Ana membuat andaian bahawa barisan Umana merupakan pelajar-pelajar yang terpilih dan komitmen dengan jalan dakwah ini. Maka, ana mengabaikan mereka. Ana mengadakan mesyuarat tanpa pemantauan susulan. Ana menganggap semua anggota organisasi ini merasai masuliah mereka, merasai bahawa mereka berada di bawah pengawasan Allah sepanjang masa; merasai bahawa mereka akan dipersoalkan di mahkamah akhirat akan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Di sini ana tersilap besar.
Ana terkhilaf lagi dengan menganggap posisi ana sebagai presiden akan membuatkan ana di-thiqah-i dan ditaati oleh ahli organisasi. Tidak. Bak kata Cikgu Azmi apabila Ustaz Shahabudin meminta nasihat daripada beliau: ke-thiqah-an itu akan dikurniakan oleh Allah apabila seseorang itu rapat hubungannya dengan Allah. Sama seperti apa yang dipesan Ustaz Mazlan Isnin lalu: seorang ketua yang tidak taat kepada Allah, tidak rapat hubungannya dengan Allah, maka dia tidak akan ditaati oleh orang di bawahnya. Memang ana akui, ana tidak sehebat Akh Ikhwan Subberi. Tidak sesoleh Akh Abu Bakr. Jauh sekali daripada generasi awal dahulu. HDA ana lemah. Tarbiah yang ana dapat dirosakkan oleh zuruf-zuruf kharijiah yang terlampau banyak. Karat-karat jahiliah masih tampak jelas pada dinding hati ana. Maka mungkin disebabkan itu barisan Umana tahun ini hancur. Apabila ketua sendiri rosak, bagaimanakah dia hendak menyangka anak-anak buahnya menjadi baik dan tidak turut rosak?
Sekali lagi ana terkhilaf apabila ana merasai bahawa Umana boleh berjalan tanpa bantuan guru penasihat. Ana menganggap semua ahli terpilih ini hebat-hebattidak memerlukan pengawasan. Ana tidak mahu menyusahkan guru penasihat ana, kerana tampak jelas bahawa beliau sibuk. Tetapi tanggapan ana silap apabila tindakan ana enam bulan yang lepas itu menyebabkan hari ini sekolah berada dalam keadaan yang sakit. Umana bergerak tanpa panduan, bagai bahtera yang dipandu oleh nakhoda yang tidak berkompas. Apabila ana fikirkan balik, memang tidak logik ana dan barisan Umana, yang merupakan pelajar biasa, hendak menyelesaikan masalah pelajar itu sendiri; apatah lagi apabila ana dan barisan Umana itu sendiri menghidapi masalah-masalah pelajar ini seperti couple dan shuffle.
Seorang dai dan murabbi menangis bukan kerana dia dicerca dan dipermainkan oleh anak didiknya, tetapi kerana dia tidak mampu. Semua orang menangis kerana mereka tidak mampu. Bayi menangis kerana tidak mampu mendapatkan makanan dengan sendiri. Wanita menangis kerana tidak mampu berbuat apa-apa dengan keegoan dan kekuatan fizikal lelaki. Para murabbi di SMIK telah hidup puluhan tahun20, 30, 40, 50, 60mereka telah melalui kegetiran yang jauh lebih hebat; mereka tidak akan menangis kerana kebiadaban anak didik mereka. Tetapi mereka menangis kerana mereka tidak mampu. Mengapa dakwah aku tidak mampu menyentuh hati mereka? ronta hati kecil mereka. Mereka rasa mereka tak mampu menyelamatkan anak didik mereka daripada murka Allah, maka mereka menangis.
Untuk pertama kali dalam hidup ana, ana berasa sangat-sangat lemah. Mengapa ana tak mampu menyentuh hati ana sendiri? Mengapa ana tak mampu menyentuh hati ahli-ahli Umana? Mengapa ana tak mampu menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin? Mengapa ana masih lagi bergelumang dengan jahiliah? Mengapa wajah ana tak mampu menyinarkan cahaya kepada adik-adik seperti mana wajah abang Ikhwan dan abang Abu Bakr dan Abang Ammar dan Abang Syahidan memancarkan cahaya ke dalam hati ana sewaktu ana junior dahulu?
Ana sentiasa berpegang dengan kata-kata Ustaz Adni, Seorang dai itu, apabila madu-nya membuat kesalahan, dia tidak akan meletakkan kesalahan itu atas madu-nya, tetapi atas dirinya sendiri. Di SMIK sekarang pelajar-pelajar boleh dikatakan makin merosot akhlak mereka. Tetapi ana tidak boleh menyalahkan mereka. Boleh saja jika mereka dipersoalkan di akhirat kelak, mereka menjawab, Abang-abang Umana tak menegur kami. Maka boleh saja apabila barisan Umana pula dipersoalkan, mereka menjawab, Ketua kami tidak menggerakkan kami. Maka seterusnya ana dipersoalkan. Ana nak jawab apa?
Wallahualam. Aqulu qauli haza wa astaghfirullah al-Azim li walakum.
Salam dr perantauan...
BalasPadamana kakak haziratul mardhiah, mesti knl.
Dulu sbg Ketua pelajar puteri, ana sendiri rasa diri ini gagal sbg seorg ketua. Pelajar2 seolah2 x terjaga tarbiyyah mrk. Dan sehingga akhir persekolahan, ana berasa sesal dan seakan2 serik, tdak mahu lg memegang tampuk kepimpinan krn ana rasa ana x mampu dan x layak utk menjadi seorg ketua.
Namun skrg,slps hampir 2 thn meninggalkan sekolah, ble ana muhasabah diri blk...ana tersedar. Kte dipilih sbg ketua pelajar krn guru2 membuat pertimbgn bhw kitalah yg plg sesuai utk jd ketua dlm klgn rkn2 kita.
mgkn kita x mampu mn nk buat perubahan, islah pelajar2 di bwh jagaan kita tapi igtlah!
Allah melihat pd usaha kita, natijah itu di luar kwln kita.
jgn putus hrpn, kuatkan hati.
Terus trg, ana sygkan sume adik2.
Mgkn mrk terpesong seketika semasa di alam persekolahan, tapi percayalah...
Mereka yg pna dpt tarbiyyah, ble mrk suda kehilangannya, mereka akan mencarinya kembali krn jiwa mrk pasti kan dahagakan ketenangan.
(Ni blh nmpk ble dorg da habes sekolah la tapi).
Just do what u think is right. Selalu refer dgn guru penasihat kalo ada pape masalah. And then, jgn sesekali kita memandang adik2, kwn2 kita yg byk buat kesalahan dgn pandangan yg membencikan. Sayangilah mereka.
And yeah, nobody's perfect. Kdg2 diri sendiri pon terpesong. Yg penting, ble da sedar diri terpesong, cpt2 kembali ke pangkal jln. Nk kembali ke pangkal jln tu, kenalah paksa ckit diri tu. Kalo x paksa diri, dok lyn nafsu tu, mmglah ssh nk buang karat2 jahiliyyah dlm diri.
Teruskan usaha baek anta. Semoga mndpt rahmat, hidayah, dan redha Allah SWT, Insya Allah.
Sekian, salam dari alexandria, egypt~
Assalamualaikum..
BalasPadamana kawan kakak haziratul mardhiah :) :) =)
Ulama' menyebut ,Dakwah merupakan satu proses yang panjang dan memerlukan generasi2 untk meneruskannya..
Dakwah ialah satu keadaan yang dapat memindahkan manusia dari satu keadaan yang teruk kepada keadaan baik...
Teruskan perjuangan anta..mengulang kata-kata pakcik solehuddin..: Terkadang dlm dakwah kita buat salah,kemudian buat lagi tapi InsyaAllah kita belajar dari kesilapan dan kita akan dapat pengalaman dalam berdakwah...
Moga tetap dalam iman dan islam