28 April 2009

Haiku #10

Melepas lelah—
Matlamat aku dakwah—
Terus menulis!

Ahmad Ilman,
28 April 2009,
Klang, Selangor.

12 April 2009

Mahrajan Thaqafi IV

Mahrajan Thaqafi ke-4

Assalamualaikum WBT.

Kami mempersembahkan: Mahrajan Thaqafi ke-4!

Datanglah beramai-ramai ke Pesta Kebudayaan/Ekspo Pendidikan Sekolah Ibn Khaldun yang diadakan 3 tahun sekali ini! Sambutan kali ini diadakan pada 24-26 April 2009 (Jumaat hingga Ahad). Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah Pertandingan Nasyid dan Pidato andtara Sekolah, Forum Bicara Ad-Din oleh IKIM.fm, Pameran, Jualan Amal, Derma Darah, Hari Kecemerlangan, Persembahan Pelajar, dan sebagainya.

Jangan lupa untuk datang memeriahkan sambutan tersebut!
Kupon jualan boleh didapati daripada pihak sekolah (03-51623973) atau daripada saya sendiri (saya mempunyai baki kupon bernilai RM50).

Untuk maklumat lanjut, layari:
http://ilman92.blogspot.com/2009/04/mahrajan-thaqafi-iv.html
http://fikruttaqwa.blogspot.com/2009/04/mahrajan-thaqafi-ke-4.html

"Memperjuangkan ISLAM Tanggungjawab Bersama"

05 April 2009

Melankoli Keamanan

Tatkala ini
dunia menyaksikan
Gergasi besi
meredah lautan insan
Burung keluli
memuntahkan kemusnahan

Langit hitam suram kesedihan
Meratapi ibu-ibu yang kehilangan
Menangisi anak-anak yang kematian
Air mata saksi kezaliman

Dalam lautan kebuasan
Berlayar bintang-bintang
Mendayung perahu keimanan
kemanusiaan
dan keamanan

Dari bintang kecil ke matahari
Melontar batu
peluru
dan bahan api

Membakar jiwa dan raga
Mengorbankan harta dan masa
Demi bangsanya
saudaranya
dan agamanya

Bintang-bintang itu melabuhkan harapan
Tentang hadirnya sebuah keamanan
keharmonian
Tentang hadirnya tangan-tangan penghulur
Sungguh, penantian tak berkesudahan

Bangkitlah saudaraku!
Keluar! dari kemewahan
dan kesenangan

Rawat penyakit wahanmu
Yang membutakan pandangan kalbu
Menghijab penderitaan saudaramu

Apakah kalian rela
menyaksikan kehancuran kiblat pertama
Kerna kalian hari ini
berkiblatkan kerjaya, harta dan dunia!

Bangkitlah saudaraku!
Selamatkan saudaramu!
dengan kefahaman
doa, dan pengorbanan

Demi keamanan dunia
maruah agama
dan perintah Tuhan.


Mujtahidan (Hashimi & Ilman)
8 Rabiulawal 1430 (5 Mac 2009)
Madrasah Ibn Khaldun at-Thanawiyah