13 Jun 2010

Pabila Ikhtilat Dipanggil Latihan

Memang benar seorang doktor tidak boleh memilih pesakitnya, hendak lelaki sahaja atau hendak perempuan sahaja. Namun, saya masih tidak bersetuju dengan ‘latihan-latihan ikhtilat’ dalam kelas.

Perlu diingat bahawa doktor berinteraksi dengan pesakitnya atas dasar urusan dan dalam jangka masa yang terhad, namun kumpulan studi yang melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan 18 tahun selama satu tahun sudah tentu akan membawa kepada pergaulan yang lebih daripada sekadar urusan. Memanglah tidak diminta untuk menggatal dalam kelas-kelas tutorial, dan bagi mereka yang kuat asas tarbiahnya, insya-Allah boleh menjaga diri masing-masing daripada melebihi batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak. Namun, perbuatan menetapkan kumpulan yang mewajibkan pergaulan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram sudah tentu membuka pintu-pintu ikhtilat yang lebih banyak, terutamanya bagi mereka yang lemah benteng imannya. Apatah lagi, kebanyakan kumpulan hanya mempunyai seorang lelaki.

Mungkin penetapan ini disertai dengan niat dan matlamat yang baik, iaitu membiasakan pelajar dengan suasana masyarakat yang berbeza jantina dan mengelakkan kejutan budaya pada masa akan datang, namun tasawwur ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip asas dalam usul fiqah, antaranya:

  • Matlamat tidak menghalalkan cara
  • Mengelak mudarat lebih utama daripada mendatangkan manfaat
  • Yang baik ialah apa yang baik pada nilaian syarak, dan yang buruk ialah apa yang buruk pada nilaian syarak

Being open-minded in Islam has its limits. Please stop being liberal; return to what Allah has decreed. Ah, one more thing, please interpret the Quran based on the views of the mufassirin, not based on what our unqualified selves think.

Doakan saya dan sahabat-sahabiah kukuh dalam mengharungi kehidupan menuntut ilmu Allah di universiti Islam, dan doakan moga dakwah dan tarbiah dapat berkembang mekar di sana.

Wallahua'lam.

3 ulasan:

  1. tahniah diatas keprihatinan anda dalam Tarbiyyah.. perkara ini sememangnya menjadi masalah yang berlaku dimana2..

    bab memilih pesakit pula, didalam islam sememangnya disuruh untuk memilih Perawat..
    pesakit perempuan diSURUH untuk memilih dr perempuan..kecualilah jika di tempat tersebut langsung tak ada dr perempuan ( Mudharat).. barulah dibenarkan Dr lelaki untuk merawat...

    persoalannya....
    1)adakah kita kekurangan Dr lelaki dan perempuan di Malaysia??? sehingga kita mengharuskan ikhtilat?
    2) adakah Dr perempuan/Lelaki akan malu2 merawat pesakit berlain jantina dalam mudharat?

    USIM perlu memikirkan juga perkara tersebut..

    BalasPadam
  2. Ana harap..mslh ikhtilat ini dpt dibuang dan dihindarkan krn mslh ini menyelubungi sahabat dan sahabiah kelas ana. Sedih dan pilu. Nak tegur..yg certain sja boleh, yg selebihnya?? Aduh... (- -')
    Kaif??

    BalasPadam
  3. Salam.

    Secara peribadi,saya hormati pandangan saudara. Moga Allah senatiasa mengurniakan kefahaman yang lebih baik serta keteguhan kepada saudara dalam mengamalkan pegangan dan pemahaman saudara.

    Namun, saya kira masih terlalu awal untuk saudara menilai suasana dan persekitaran yang sebenar dalam bidang ini.

    Apapun, saya doakan saudara dapat melihat dan menilai semula penulisan ini apabila saudara telah berada di FPSK dan menjalani latihan klinikal di Hospital Ampang nanti.

    Salam dari kampus Pandan Indah.

    BalasPadam